Showing posts with label Honeymoon Special Package to Korea. Show all posts
Showing posts with label Honeymoon Special Package to Korea. Show all posts

Sunday, November 8, 2015

7 Survival Tips di Korea


tips-travel-korea-1
"Sewaktu saya tiba di Korea pada awal tahun 2008, perasaan sangat teruja bila bertembung dengan orang Malaysia di Korea. Macam jumpa saudara sendiri. Jarang nak nampak orang Malaysia kat sini pada waktu tu.
Sekarang, setiap kali ke Itaewon atau Namdaemun, pasti akan selisih dengan ramai traveller Malaysia. Rasa seperti berada di Kuala Lumpur" kata Amirul, 
7 tips yang boleh dijadikan panduan jika anda travel ke Korea Selatan ini telah dikongsikan oleh Amirul Lurima. Beliau merupakan graduan lulusan Mechanical Engineering di Korea University, Seoul dan kemudiannya bekerja dengan Korean Airlines. Kini Amirul menetap di Korea Selatan dan menjadi tour guide sepenuh masa

Tips travel yang bakal membantu percutian anda di Seoul

1. Tukar duit Korean Won sebelum ke Korea
tips-travel-korea-2
Ramai traveller yang saya temui mencadangkan untuk menukar duit Ringgit ke Korean Won di Malaysia. Benar juga kata mereka, tidak semua money changer di Korea menerima Ringgit sebagai tukaran wang.
Nilai Ringgit yang rendah berbanding Korean Won antara faktor utama. Jika adamoney changer yang sanggup terima, nilai tukaran itu pasti lebih mahal berbanding money changer di Malaysia.
Sebaiknya, tukar sebelum berlepas ke Korea, jadi tidak perlu pening kepala untuk mencari money changer dan boleh focus bercuti dan berbelanja.
2. Ketahuilah bahawa kos sara hidup di Korea Selatan agak tinggi.
tips-travel-korea-3
Seoul antara bandar yang mempunyai cost of living yang tinggi di dunia. Walaupun kini mudah untuk mendapatkan tiket penerbangan ke Seoul dari Kuala Lumpur dengan harga yang murah, itu bukan bermakna kos percutian di sini semurah tiket penerbangan yang kita dapat.
Ramai juga traveller yang kami jumpa menganggap harga barang di sini lebih kurang sama dengan China. Kos belanja di sini boleh dikatakan berkali ganda mahal dari Malaysia kerana kadar mata wang kita yang semakin mengecil berbanding Korea.
tips-travel-korea-4
Sebagai contoh, jika anda menaiki pengangkutan awam seperti subway atau bus, anda akan dikenakan bayaran sebanyak ₩1200 (RM 4.50) untuk sekali naik. ₩100 akan ditambah mengikut jarak tertentu yang anda lalui.
Selain itu, harga purata untuk satu hidangan makanan di restoran adalah ₩8000 (RM30). Itu belum termasuk hidangan sampingan seperti side dish dan minuman.
Oleh itu, membawa makanan dari Malaysia antara salah satu cara untuk menjimatkan kos makan semasa bercuti. Untuk barangan lain seperti pakaian, aksesori dan sebagainya, ia bergantung pada tempat dan kedai.
3. Belajar basic Bahasa Korea
tips-travel-korea-5
Jika anda tahu basic bahasa Korea, ini sangat membantu. Masyarakat Korea sangat bangga dengan bahasa mereka.
Mereka akan bercakap bahasa Korea dengan anda seperti mereka yakin yang anda memahami bahasa mereka. Tak ramai orang Korea yang cuba berbahasa Inggeris dengan traveller kecuali di tempat lawatan pelancong, Tourist Centeratau lapangan terbang.
Oleh itu, jika anda tahu basic Korean, sudah cukup untuk anda survive di Korea.
Contoh basic Korean:
Annyeong-haseyo (안녕하세요) : Hello / Apa Khabar?
Olma-yeyo (얼마예요) : How much / Berapa ?
Odi-yeyo (어디예요) : Di mana?
Sigan (시간) : Masa
Cihacheol (지하철) : Subway / Keretapi bawah tanah
Wen-cheok (왼쪽) : Kiri
Oreun-cheok (오른쪽) : Kanan
Hana(하나) : Satu (1)
Tul(둘) : Dua (2)
Set(셋) : Tiga (3)
Net(넷) : Empat (4)
Tasot(다섯) : Lima (5)
Chon-won(천원) : 1000won
i-chon-won(이천원) : 2000won
sam-chon-won(삼천원) : 3000won
o-chon-won(오천원) : 5000won
Man-won(만원) : 10,000won
4. Pastikan penginapan di lokasi strategik
tips-travel-korea-6
Ketika anda mencari tempat penginapan yang sesuai, pastikan lokasi hotel/guesthouse yang anda tempah terletak di kawasan yang sesuai. Ada beberapa daerah yang menjadi tumpuan pelancong yang mempunyai ciri-ciri dan kelebihan tersendiri.
tips-travel-korea-7
Myeongdong : Kawasan ini merupakan pusat membeli belah yang menjadi tumpuan traveller. Oleh kerana terdapat pasar malam di sini, kawasan ini agakhappening dan ‘hidup’ pada waktu malam.
Jika anda menginap di kawasan ini, anda tidak cuma menghabiskan masa anda di dalam bilik sahaja, anda boleh manfaatkan masa percutian dengan berjalan di sekitar pasar malam di Myeongdong.
tips-travel-korea-8
Itaewon : Kawasan ini menjadi pilihan traveller muslim kerana terletaknya masjid dan banyak restoran halal.
Kemudahan mendapatkan makanan halal di sini antara sebab kenapa daerah Itaewon dijadikan tempat penginapan pilihan traveller. Walaupun di Itaewon terdapat banyak restoran halal terutamanya restoran Pakistan dan Turki, di sini juga terdapat banyak bar dan kelab malam.

Baca: 20 Makanan Sedap Dan Mesti Dicuba Jika Anda Ke Korea Selatan
tips-travel-korea-10
Setiap malam terutama pada hujung minggu, Itaewon akan dibanjiri orang Korea dan pelancong asing yang datang untuk berhibur dan bersantai di bar. Kawasan ini mungkin tidak sesuai untuk anda yang bercuti dalam keluarga serta ada anak kecil.
tips-travel-korea-11
Jongno : Kawasan ini terdapat banyak hotel dan guesthouse murah. Jongno merupakan kawasan yang tidak terlalu bising dan lebih tenang.
Lokasinya yang terletak berhampiran dengan tempat pelancongan seperti Insadong, Istana Gyeongbuk dan Cheonggyecheon Stream menjadikan daerah Jongno antara kawasan pilihan traveller untuk mencari tempat penginapan.
5. Fahamkan peta subway
tips-travel-korea-12
Terdapat lebih dari 10 line subway yang menghubungkan daerah-daerah utama di Seoul. Hanya dengan menaiki subway, anda boleh melawat banyak tempat pelancongan di Seoul dan sekitarnya.
Cuma perkara yang perlu anda tahu adalah memahami peta subway dan arah untuk dituju.
tips-travel-korea-14
Mungkin mudah bagi anda untuk membaca peta subway. Untuk ke suatu tempat contoh ke Myeongdong dari Itaewon, anda perlu tahu di station mana perlu anda naik dan station untuk anda tukar line subway seterusnya di station mana perlu anda turun.
Kebanyakkan traveller sangat arif dengan teknik membaca map subway, tambah pula dengan bantuan apps yang lebih memudahkan anda memilih line mana perlu anda naik.
tips-travel-korea-13
Tetapi, ramai juga yang telah sampai di station yang ingin dituju, tapi sesat di dalam station kerana ada sesetengah station yang mempunyai banyak pintu keluar atau exit.
Setiap exit akan menghala anda ke tempat yang berbeza. Subway station yang besar dan bertingkat dibawah tanah mungkin mengelirukan anda. Oleh itu, selain daripada tahu di station mana perlu anda turun, amatlah penting jika anda tahu exit mana yang perlu anda keluar.
6. Tempat membeli belah yang murah di Seoul
tips-travel-korea-15
Bagi sesetengah traveller, tidak sah jika tidak membeli belah. Ada beberapa port shopping best yang boleh anda tuju. Jika anda shopping di sini, pasti berbaloi-baloi.
Myeongdong : Untuk traveller yang mencari barangan kosmetik, skin care dan barangan berjenama, ini tempat yang harus anda tuju.
Beratus butik kosmetik dan barangan berjenama terdapat di sini. Pasti anda rambang mata selepas melihat sign board ‘sale’ yang mereka pamerkan.
tips-travel-korea-16
Namdaemun Market : Pasar ini adalah port shopping terbaik untuk membeli souvenir. Daripada keychain, t-shirt I love Korea hinggalah ke barangan kulit dijual di sini dengan harga yang berpatutan.
tips-travel-korea-17
tips-travel-korea-18
Gwanjang Market : Akak-akak yang meminati barangan fabric, Gwanjang Market pasti tempat yang paling anda sukai. Pasar ini merupakan kawasan pemborong kain terutamanya kain cotton dan Korean silk di Bandar Seoul. Harga disini juga tidak terlalu mahal dan berpatutan serta banyak pilihan.
7. Bawa business card hotel anda ke mana sahaja.
tips-travel-korea-19
Bahasa antara masalah utama pelancong jika datang ke Korea. Nasib tidak selalunya baik. Anda mungkin akan tersesat dan tidak tahu cara untuk balik ke hotel.
Cara ini boleh membantu anda untuk pulang ke hotel dengan selamat. Di Seoul, anda tidak akan mempunyai masalah untuk mendapatkan teksi awam. Setiap teksi di Seoul akan dilengkapi system GPS.
Walaupun tidak semua teksi tahu bahasa Inggeris, dengan adanya business cardtempat penginapan anda, pemandu teksi akan masukkan alamat di GPS dan mudah bagi mereka menghantar anda terus ke tempat penginapan anda.
Semua teksi di Korea menggunakan meter dan kebarangkalian untuk anda bertemu dengan pemandu teksi yang menipu adalah tipis.
Ada beberapa jenis teksi terdapat di Seoul. Teksi biasa berwarna oren dan silver. Kadar meter teksi ini bermula dari 3000 Won. Selain daripada 2 jenis teksi ini, ada juga teksi pelancong dan teksi executive bewarna hitam.
Kadar meter yang digunakan oleh teksi ini lebih mahal dari teksi biasa. Oleh itu, disarankan pelancong menggunakan teksi bewarna oren dan silver kerana kadar meter yang lebih murah.
Terima kasih kepada penulis iaitu Saudara Amirul yang telah sudi berkongsi ilmu dan pengalaman beliau.
Berminat ke Korea? Hubungi kami di jomkekorea@gmail.com atau whatsapp +821098209897...
Jom ke Seoul!

Monday, October 12, 2015

SUKAN DALAM MASYARAKAT KOREA



Apabila disebut sahaja tentang Korea, sudah pasti perkara pertama yang akan muncul di dalam fikiran golongan muda atau tua  adalah lagu-lagu pop Korea, drama-drama Korea mahupun program-program televisyen seperti Running Man. Tidak dapat dinafikan kehebatan Korea Selatan dalam menguasai dunia hiburan sehingga berjaya menarik minat penggemar-penggemar  bukan sahaja dari negara-negara Asia tetapi  juga negara-negara barat.

Namun begitu, terdapat banyak lagi kehebatan Korea Selatan yang orang ramai kurang tahu atau sudah lupa.  Korea Selatan merupakan salah satu negara yang hebat dalam bidang sukan yang dapat menandingi negara-negara barat.  Hal ini boleh dilihat dengan rekod kejayaan mereka dalam sukan-sukan seperti bola sepak, luncur figura, sukan renang dan lain-lain.  Korea Selatan banyak melahirkan atlet-atlet bertaraf dunia yang menjadi  inspirasi kepada golongan muda korea untuk terus mara kehadapan.
Antara atlet-atlet yang menjadi idola di kalangan masyarakat muda Korea ialah Park Ji-sung.
M
Kehebatannya dalam bola sepak telah berjaya membawa beliau untuk bermain di kelab bola Inggeris terkenal iaitu Manchester United. Di Manchester United, Park Jisung mendapat gelaran Three-lungs Park atau Park dengan tiga paru-paru  kerana Park Ji Sung selalu bermain agresif, penuh dedikasi, bergerak ke seluruh lapangan dengan kepantasan yang konsisten.
Apabila bercerita sahaja tentang luncur figura pula, sudah pasti nama pertama yang terlintas di fikiran ialah Kim Yuna.
AMIR2
Kim Yuna menjadi kegilaan ramai lelaki Korea bukan sahaja kerana kejelitaan beliau tetapi juga kerana kemahiran beliau dalam sukan ini. Kim Yuna merupakan peluncur figura wanita Korea Selatan pertama yang memenangi pingat pada ISU Junior , ISU Championship, dan Sukan Olimpik. Beliau juga peluncur figura wanita pertama yang memenangi Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Kejohanan Empat Kontinen dan Grand Prix Final. Dengan pencapaian-pencapaian ini, tidak hairanlah beliau menjadi salah seorang atlet yang sangat diiktiraf di Korea Selatan. Hasil daripada pencapaian yang banyak, beliau sering dirujuk sebagai “Queen Yuna” oleh pelbagai media di seluruh dunia.
Pelajar- pelajar Malaysia di Korea Selatan juga tidak melepaskan peluang untuk bersukan dengan menyertai aktiviti-aktiviti kelab sukan di universiti walaupun sibuk dengan tugasan kelas. Hal ini kerana dengan bersukan, pelajar-pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malah dapat mengenali budaya orang Korea dengan lebih mendalam. Antara kelab-kelab sukan yang disertai oleh pelajar-pelajar Malaysia ialah kelab Taekwondo. Amatlah aneh bagi universiti di Korea selatan yang tidak mempunyai kelab Taekwondo kerana  seni  bela diri ini berasal dari negara ini sendiri.
AMIR3
Pelajar-pelajar Malaysia bersama pelajar-pelajar Korea Selatan yang terlibat dalam Kelab Taekwondo, Korea University
Sukan bukan sahaja dilihat sebagai medan untuk berperang dalam mempamerkan skil-skil permainan  dan kemahiran tertentu dalam acara masing-masing, malah menjadi platform yang boleh menghasilkan banyak faedah, manfaat dan kebaikan. Oleh sebab itu, wajarlah sesebuah masyarakat menitik beratkan pembangunan sukan dan perkembangannya. Hal ini dapat dilaksanakan sekiranya sesebuah negara sanggup memperuntukkan berjuta-juta dana sebagai pelaburan jangka panjang. Oleh itu, ayuhlah kita sahut cabaran dan seruan kerajaan bagi menjayakan dan meningkatkan taraf sukan negara ke tahap yang paling optimum.
Wachaaaaaa!!!
info credit to KUK

Sunday, October 11, 2015

TAHNIAH MALAYSIA BOLEH

Assalamualaikum w.b.t .. Anyeong Haseyo!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pelajar Malaysia di Korea iaitu Muhammad Nazrin bin Mohamad Najib , Jennifer Lunching, Koo Wei Shern, Ng Yong Xin dan Muhammad Shapiq Bin Mohd Som kerana mengharumkan nama Malaysia dalam 'Jeungpyeong K-pop 2015 International Youth Festival'. Mereka telah berjaya mendapat Tempat Kedua (Kategori Foreigner) dalam Pertandingan Tarian & Nyanyian dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 1 juta won!




Tahniah diucapkan sekali lagi kepada 5 pelajar tersebut.

Malaysia Boleh! smile emoticon

Thursday, January 15, 2015

Couple Tour

Kawan lama dtg bercuti.. Bawak makan Halal Bulgogi, Grilled Fish dan Samgyetang Ginseng Chicken... yummmmy!!!! 

Ingin Bercuti seperti mereka berdua?

Biar kami uruskannnya... Hubungi kami sekarang melalui email jomkekorea@gmail.com atau whatsapp +821098209897



Tuesday, August 19, 2014

Awesome Autumn is around the corner...



Book your flight tickets now.. 

MAS & Air Asia will be launching their promo soon.. Stay tuned and always visit their website.. 

Only with Kimchi, your trusted private customised tour in Korea..

Contact us now for more details..


C U in K-Land!!!


Tuesday, April 22, 2014

3 Jenis Pakej utk 7 Hari 6 Malam



Kami ada 3 Jenis Pakej utk 7H6M bagi Korea Tour & Travel Seoul-Nami-Everland- Mt Seorak oleh Kimchi Muslim Tour

a) Pakej Odeng (Backpackers)
(Menginap di backpackers/guesthouse/ homestay & penggunaan public dan juga private transport, makan tidak disediakan, khidmat tour guide, airport pick up dan send off - TIDAK termasuk tiket feri ke Nami Island, tiket masuk ke Everland (Disneyland Korea), tiket masuk ke Gyeongbok Palace, tiket masuk dan cable car di Mt Seorak - RM1700 seorang minimum 4org

b) Pakej Kimchee (sederhana)
(Menginap di Guesthouse atau Homestay Concept, bilik yang lebih selesa dan di lokasi yang lebih menarik, penggunaan private transport sepenuhnya, lunch & dinner disediakan, tour guide, airport pick up dan send off) termasuk tiket feri ke Nami Island, tiket masuk ke Everland (Disneyland Korea), tiket masuk ke Gyeongbok Palace, tiket masuk dan cable car di Mt Seorak - RM2400 seorang - minimum 4 org

C) Pakej Bulgogi (Premium)

Complete Set: pelanggan hanya perlu bawak duit untuk shopping sahaja sebab selainnya akan diuruskan oleh pihak kami. Menginap di hotel 3-4stars atau Residence Apartment, twin sharing atau family room (bagi yang berkeluarga), bilik yang sangat selesa dan di lokasi yang menarik dan stategik, penggunaan private transport sepenuhnya, lunch & dinner disediakan, tour guide, airport pick up dan send off) - percuma set souveniers utk setiap seorang.. Pakej ini termasuk tiket feri ke Nami Island, tiket masuk ke Everland (Disneyland Korea), tiket masuk ke Gyeongbok Palace, tiket masuk dan cable car di Mt Seorak - RM2700 seorang (minimum 4org)

Cth Iteneri:

7H6N Muslim Tour & Travel Korea

Day 1 : Airport - Seoul City (75km)

Arrival 3.30pm:
Meet us at the Incheon airport and depart to Hotel

Day 2 : Seoul Culture Tour @ Gyeongbok Palace, Cyeonggye Stream, Gwanghwamun Square, Hanok Traditional Village, Seoul Central Mosque, Seoul Tower

Day 3 : Seoul Shopping Tour (souveniers, brooch, fabrics & clothing) @ Namdaemun Market, Myeongdong Fashion Street, Dongdaemun, Kwangjang Market, Itaewon Street, (lunch & dinner inclusive)

Day 4 : Day Trip to Everland (tickets inclusive)

Day 5 :Day trip to Nami Island and Gangnam (Ferry tickets inclusive)

Day 6 : Day trip to Mount Seorak (entrance fees and cable car to Mt Seorak Inclusive)

Day 7 : Check out and depart to Incheon Airport









Monday, April 7, 2014

Meanwhile.... Sakura in Japan....

These amazing Sakura photos were taken by a friend at Yasukuni Shrine, one of the famous place to see beautiful cherry blossom in Japan. 

Breathtaking and freaking beautiful... Super credit to Mat Dehe for these cool pictures...




















Friday, March 21, 2014

AMAZING DEAL!!! WINTER HOLIDAYS 7 DAYS 6 NIGHTS IN KOREA...



Planning your winter getaway end of this year?

Our itinerary will covers all from Mountains, Beaches, Island, Skiing, Ice Fishing, Themepark, City Tour, Culture Tour, Shopping Tour and even the Highest Tower in Korea.. 

All in with accommodations, transportation, 3 times halal/seafood/traditional Korean meals, English/Malay speaking tour guide, entrance fees and even ski gears and lesson too... All in for 7 seven wonderful days in Korea!

Book your air tickets now and contact us for more details..

Only for groups of 8 and above.. Selling cheap!


Email us at jomkekorea@gmail.com or whatsapp us at +821098209897