Showing posts with label Backpacking in Korea. Show all posts
Showing posts with label Backpacking in Korea. Show all posts

Sunday, November 8, 2015

7 Survival Tips di Korea


tips-travel-korea-1
"Sewaktu saya tiba di Korea pada awal tahun 2008, perasaan sangat teruja bila bertembung dengan orang Malaysia di Korea. Macam jumpa saudara sendiri. Jarang nak nampak orang Malaysia kat sini pada waktu tu.
Sekarang, setiap kali ke Itaewon atau Namdaemun, pasti akan selisih dengan ramai traveller Malaysia. Rasa seperti berada di Kuala Lumpur" kata Amirul, 
7 tips yang boleh dijadikan panduan jika anda travel ke Korea Selatan ini telah dikongsikan oleh Amirul Lurima. Beliau merupakan graduan lulusan Mechanical Engineering di Korea University, Seoul dan kemudiannya bekerja dengan Korean Airlines. Kini Amirul menetap di Korea Selatan dan menjadi tour guide sepenuh masa

Tips travel yang bakal membantu percutian anda di Seoul

1. Tukar duit Korean Won sebelum ke Korea
tips-travel-korea-2
Ramai traveller yang saya temui mencadangkan untuk menukar duit Ringgit ke Korean Won di Malaysia. Benar juga kata mereka, tidak semua money changer di Korea menerima Ringgit sebagai tukaran wang.
Nilai Ringgit yang rendah berbanding Korean Won antara faktor utama. Jika adamoney changer yang sanggup terima, nilai tukaran itu pasti lebih mahal berbanding money changer di Malaysia.
Sebaiknya, tukar sebelum berlepas ke Korea, jadi tidak perlu pening kepala untuk mencari money changer dan boleh focus bercuti dan berbelanja.
2. Ketahuilah bahawa kos sara hidup di Korea Selatan agak tinggi.
tips-travel-korea-3
Seoul antara bandar yang mempunyai cost of living yang tinggi di dunia. Walaupun kini mudah untuk mendapatkan tiket penerbangan ke Seoul dari Kuala Lumpur dengan harga yang murah, itu bukan bermakna kos percutian di sini semurah tiket penerbangan yang kita dapat.
Ramai juga traveller yang kami jumpa menganggap harga barang di sini lebih kurang sama dengan China. Kos belanja di sini boleh dikatakan berkali ganda mahal dari Malaysia kerana kadar mata wang kita yang semakin mengecil berbanding Korea.
tips-travel-korea-4
Sebagai contoh, jika anda menaiki pengangkutan awam seperti subway atau bus, anda akan dikenakan bayaran sebanyak ₩1200 (RM 4.50) untuk sekali naik. ₩100 akan ditambah mengikut jarak tertentu yang anda lalui.
Selain itu, harga purata untuk satu hidangan makanan di restoran adalah ₩8000 (RM30). Itu belum termasuk hidangan sampingan seperti side dish dan minuman.
Oleh itu, membawa makanan dari Malaysia antara salah satu cara untuk menjimatkan kos makan semasa bercuti. Untuk barangan lain seperti pakaian, aksesori dan sebagainya, ia bergantung pada tempat dan kedai.
3. Belajar basic Bahasa Korea
tips-travel-korea-5
Jika anda tahu basic bahasa Korea, ini sangat membantu. Masyarakat Korea sangat bangga dengan bahasa mereka.
Mereka akan bercakap bahasa Korea dengan anda seperti mereka yakin yang anda memahami bahasa mereka. Tak ramai orang Korea yang cuba berbahasa Inggeris dengan traveller kecuali di tempat lawatan pelancong, Tourist Centeratau lapangan terbang.
Oleh itu, jika anda tahu basic Korean, sudah cukup untuk anda survive di Korea.
Contoh basic Korean:
Annyeong-haseyo (안녕하세요) : Hello / Apa Khabar?
Olma-yeyo (얼마예요) : How much / Berapa ?
Odi-yeyo (어디예요) : Di mana?
Sigan (시간) : Masa
Cihacheol (지하철) : Subway / Keretapi bawah tanah
Wen-cheok (왼쪽) : Kiri
Oreun-cheok (오른쪽) : Kanan
Hana(하나) : Satu (1)
Tul(둘) : Dua (2)
Set(셋) : Tiga (3)
Net(넷) : Empat (4)
Tasot(다섯) : Lima (5)
Chon-won(천원) : 1000won
i-chon-won(이천원) : 2000won
sam-chon-won(삼천원) : 3000won
o-chon-won(오천원) : 5000won
Man-won(만원) : 10,000won
4. Pastikan penginapan di lokasi strategik
tips-travel-korea-6
Ketika anda mencari tempat penginapan yang sesuai, pastikan lokasi hotel/guesthouse yang anda tempah terletak di kawasan yang sesuai. Ada beberapa daerah yang menjadi tumpuan pelancong yang mempunyai ciri-ciri dan kelebihan tersendiri.
tips-travel-korea-7
Myeongdong : Kawasan ini merupakan pusat membeli belah yang menjadi tumpuan traveller. Oleh kerana terdapat pasar malam di sini, kawasan ini agakhappening dan ‘hidup’ pada waktu malam.
Jika anda menginap di kawasan ini, anda tidak cuma menghabiskan masa anda di dalam bilik sahaja, anda boleh manfaatkan masa percutian dengan berjalan di sekitar pasar malam di Myeongdong.
tips-travel-korea-8
Itaewon : Kawasan ini menjadi pilihan traveller muslim kerana terletaknya masjid dan banyak restoran halal.
Kemudahan mendapatkan makanan halal di sini antara sebab kenapa daerah Itaewon dijadikan tempat penginapan pilihan traveller. Walaupun di Itaewon terdapat banyak restoran halal terutamanya restoran Pakistan dan Turki, di sini juga terdapat banyak bar dan kelab malam.

Baca: 20 Makanan Sedap Dan Mesti Dicuba Jika Anda Ke Korea Selatan
tips-travel-korea-10
Setiap malam terutama pada hujung minggu, Itaewon akan dibanjiri orang Korea dan pelancong asing yang datang untuk berhibur dan bersantai di bar. Kawasan ini mungkin tidak sesuai untuk anda yang bercuti dalam keluarga serta ada anak kecil.
tips-travel-korea-11
Jongno : Kawasan ini terdapat banyak hotel dan guesthouse murah. Jongno merupakan kawasan yang tidak terlalu bising dan lebih tenang.
Lokasinya yang terletak berhampiran dengan tempat pelancongan seperti Insadong, Istana Gyeongbuk dan Cheonggyecheon Stream menjadikan daerah Jongno antara kawasan pilihan traveller untuk mencari tempat penginapan.
5. Fahamkan peta subway
tips-travel-korea-12
Terdapat lebih dari 10 line subway yang menghubungkan daerah-daerah utama di Seoul. Hanya dengan menaiki subway, anda boleh melawat banyak tempat pelancongan di Seoul dan sekitarnya.
Cuma perkara yang perlu anda tahu adalah memahami peta subway dan arah untuk dituju.
tips-travel-korea-14
Mungkin mudah bagi anda untuk membaca peta subway. Untuk ke suatu tempat contoh ke Myeongdong dari Itaewon, anda perlu tahu di station mana perlu anda naik dan station untuk anda tukar line subway seterusnya di station mana perlu anda turun.
Kebanyakkan traveller sangat arif dengan teknik membaca map subway, tambah pula dengan bantuan apps yang lebih memudahkan anda memilih line mana perlu anda naik.
tips-travel-korea-13
Tetapi, ramai juga yang telah sampai di station yang ingin dituju, tapi sesat di dalam station kerana ada sesetengah station yang mempunyai banyak pintu keluar atau exit.
Setiap exit akan menghala anda ke tempat yang berbeza. Subway station yang besar dan bertingkat dibawah tanah mungkin mengelirukan anda. Oleh itu, selain daripada tahu di station mana perlu anda turun, amatlah penting jika anda tahu exit mana yang perlu anda keluar.
6. Tempat membeli belah yang murah di Seoul
tips-travel-korea-15
Bagi sesetengah traveller, tidak sah jika tidak membeli belah. Ada beberapa port shopping best yang boleh anda tuju. Jika anda shopping di sini, pasti berbaloi-baloi.
Myeongdong : Untuk traveller yang mencari barangan kosmetik, skin care dan barangan berjenama, ini tempat yang harus anda tuju.
Beratus butik kosmetik dan barangan berjenama terdapat di sini. Pasti anda rambang mata selepas melihat sign board ‘sale’ yang mereka pamerkan.
tips-travel-korea-16
Namdaemun Market : Pasar ini adalah port shopping terbaik untuk membeli souvenir. Daripada keychain, t-shirt I love Korea hinggalah ke barangan kulit dijual di sini dengan harga yang berpatutan.
tips-travel-korea-17
tips-travel-korea-18
Gwanjang Market : Akak-akak yang meminati barangan fabric, Gwanjang Market pasti tempat yang paling anda sukai. Pasar ini merupakan kawasan pemborong kain terutamanya kain cotton dan Korean silk di Bandar Seoul. Harga disini juga tidak terlalu mahal dan berpatutan serta banyak pilihan.
7. Bawa business card hotel anda ke mana sahaja.
tips-travel-korea-19
Bahasa antara masalah utama pelancong jika datang ke Korea. Nasib tidak selalunya baik. Anda mungkin akan tersesat dan tidak tahu cara untuk balik ke hotel.
Cara ini boleh membantu anda untuk pulang ke hotel dengan selamat. Di Seoul, anda tidak akan mempunyai masalah untuk mendapatkan teksi awam. Setiap teksi di Seoul akan dilengkapi system GPS.
Walaupun tidak semua teksi tahu bahasa Inggeris, dengan adanya business cardtempat penginapan anda, pemandu teksi akan masukkan alamat di GPS dan mudah bagi mereka menghantar anda terus ke tempat penginapan anda.
Semua teksi di Korea menggunakan meter dan kebarangkalian untuk anda bertemu dengan pemandu teksi yang menipu adalah tipis.
Ada beberapa jenis teksi terdapat di Seoul. Teksi biasa berwarna oren dan silver. Kadar meter teksi ini bermula dari 3000 Won. Selain daripada 2 jenis teksi ini, ada juga teksi pelancong dan teksi executive bewarna hitam.
Kadar meter yang digunakan oleh teksi ini lebih mahal dari teksi biasa. Oleh itu, disarankan pelancong menggunakan teksi bewarna oren dan silver kerana kadar meter yang lebih murah.
Terima kasih kepada penulis iaitu Saudara Amirul yang telah sudi berkongsi ilmu dan pengalaman beliau.
Berminat ke Korea? Hubungi kami di jomkekorea@gmail.com atau whatsapp +821098209897...
Jom ke Seoul!

Sunday, October 25, 2015

Kingdom of Buyeo, South Korea


Buyeo or Puyŏ (Korean: 부여; Hanja: 夫餘 Korean pronunciation: [pujʌ]) was an ancient kingdom located in parts of southern Manchuria and northern Korea, from around the 2nd century BC to 494. Its remnants were absorbed by the neighboring kingdom of Goguryeo in 494. Both Goguryeo and Baekje, two of the Three Kingdoms of Korea, considered themselves its successor nation.
Although records are sparse and contradictory, it is speculated that in 86 BC, Dongbuyeo (Eastern Buyeo) branched out, after which the original Buyeo is sometimes referred to as Bukbuyeo (Northern Buyeo). Jolbon Buyeo was a small tribal state situated in north of the Korean peninsula and Manchuria. According to Samguk Sagi, in 504, the tribute emissary Yesilbu mentions that the gold of Buyeo can no longer be obtainable for tribute as Buyeo has been driven out by the Malgal and the Somna and absorbed into Baekje. It is also shown that the Emperor Shizong wished that Buyeo would regain its former glory. In 538, long after the fall of Buyeo, Baekje renamed itself Nambuyeo (Southern Buyeo).
"Buyeo" may also refer to a Baekje surname or Buyeo County in South Korea.













Pictures credit to Mr Park Moon Kyu, our best Korean friend...

Monday, October 12, 2015

BERBASIKAL DI KOREA

KAYUHAN MERDEKA DI BUMI SONATA


Dewasa ini, aktiviti berbasikal sebagai riadah semakin popular terutamanya dalam kalangan remaja. Di Malaysia, kebanyakan pemilik basikal menggunakan basikal hanya untuk beriadah atau bersukan sahaja tetapi di Korea Selatan ianya digunakan sebagai alternatif untuk pergi ke tempat kerja, pergi ke universiti malah digunakan untuk melancong di negara ini. Jika di Malaysia laluan untuk berbasikal agak terhad dan hanya terdapat di taman-taman rekreasi, kampus universiti dan di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Tetapi di Korea Selatan, terdapat laluan khas  untuk berbasikal disediakan di sepanjang jalan raya seluruh negara ini.
1
2
Keadaan laluan basikal yang sangat cantik dan dijaga dengan rapi
Pihak kerajaan Korea Selatan sangat komited untuk memupuk budaya berbasikal dalam kalangan rakyatnya. Sebagai sebahagian daripada projek pemulihan sungai besar, kerajaan Korea Selatan telah mewujudkan laluan basikal yang kebanyakannya mengikuti empat sungai besar di negara ini iaitu Sungai Han, Sungai Nakdong, Sungai Geum, dan Sungai Yeongsan. Jalan keretaapi yang asalnya sejajar dengan sungai-sungai besar tersebut kini ditukar menjadi laluan basikal sepanjang 633Kilometer yang membolehkan rakyat untuk pergi ke Busan dari Seoul dengan menaiki basikal. Ia sekaligus menjadikan negara ini sebagai tarikan pelancong bagi penggemar basikal bukan sekadar masyarakat Korea bahkan pelancong dari seluruh dunia.
3
Peta laluan basikal
Pada cuti semester yang lepas saya bersama rakan-rakan Malaysia yang lain berkesempatan untuk melakukan pengembaraan basikal dari Busan ke Seoul yang berjarak kira-kira 633 kilometer. Sebelum memulakan kayuhan anda digalakkan untuk membeli passport basikal. Pasport basikal tersebut boleh didapati di setiap checkpoint basikal yang berharga hanya KRW4000(RM12). Dalam pasport tersebut mempunyai ruangan cop untuk dicop di setiap checkpoint. Jika semua 27 ruangan di setiap passport dicop, pengayuh akan menerima pingat dan sijil daripada kerajaan Korea Selatan.
4
Passport basikal
1
Ruangan cop passport yang telah dicop di checkpoint tertentu
6
Para pengayuh beratur untuk mendapatkan cop di checkpoint
Mengembara dari Busan ke Seoul dengan berbasikal merupakan suatu pengalaman istimewa yang tidak dapat dilupakan. Laluan basikal yang kami lalui menyelusuri kawasan perkampungan masyarakat Korea, bandar-bandar kecil, pelbagai jenis jambatan dan terowong, sungai serta bukit-bukau. Semasa melalui perkampungan kami juga berkesempatan untuk merasai buah-buahan segar dari ladang yang popular di negara ini yang ditanam seperti epal, anggur dan sebagainya atas kebenaran tuannya. Dengan berbasikal juga kita dapat menikmati keindahan pemandangan Korea Selatan dengan lebih dekat lagi.
2
Berpeluang merasai buah epal yang segar dari ladang
8

9
11
Pemandagan di sepanjang perjalanan
Jika anda berasa penat setelah berkayuh basikal berjam-jam lamanya,anda tidak perlu  risau untuk mencari tempat berhenti berehat kerana banyak tempat rehat disediakan kepada pengayuh-pengayuh basikal. Tempat-tempat tersebut dilengkapi dengan kedai-kedai yang menjual makanan dan minuman serta dilengkapi dengan tandas yang bersih serta percuma walaupun berada di kawasan pendalaman. Jika dari segi keselamatan pula anda tidak perlu risau kerana rata-rata tempat dilengkapi dengan televisyen litar tertutup(CCTV) yang memantau pergerakan anda jika berlaku kecemasan. Jika mempunyai masalah pada basikal seperti tayar pancit, basikal rosak dan sebagainya anda boleh meminta pertolongan daripada orang tempatan yang berhampiran. Mereka sedia memberi bantuan.
12
Memberi bantuan kepada pengayuh basikal warga Korea yang rosak
13
Bergambar bersama pemilik kedai yang sangat baik hati
Mengembara dengan berbasikal dari Busan ke Seoul bukan sahaja memerlukan kekuatan mental yang kuat malah memerlukan ketahanan mental serta kerjasama dari rakan-rakan yang lain. Melakukan kayuhan sejauh 633kilometer dalam masa lima hari memang sangat meletihkan namun ia memberikan pengalaman yang bermakna serta kepuasan yang sukar digambarkan. Kami juga dapat menikmati keindahan bumi Korea Selatan dari perspektif yang berbeza. Jika dilihat pada komitmen dan kesungguhan kerajaan Korea Selatan merancakkan aktiviti bersukan dan amalan gaya hidup sihat haruslah dijadikan contoh. Oleh itu, saya juga berharap negara kita yang tercinta, Malaysia suatu hari nanti dapat mengikuti jejak langkah yang dilakukan oleh kerajaan Korea Selatan.
14

Info Credit to KUK

Tuesday, August 19, 2014

Video Promo

Video Promo from us....

Featuring most of our previous sporting guests...

Thank you for choosing us as your utmost travel planner in Korea..

Kamsahamnida!

Best regards,
Kimchi Muslim Travel to Korea


http://www.youtube.com/watch?v=beuEPdZZEXg

Sunday, March 2, 2014

Hwaiting Hwaiting!

3 March 2014 pada hari ini merupakan hari pertama sesi kuliah bagi semester musim bunga 2014. Diharapkan agar semua rakan-rakan pelajar dapat memulakan hari pertama sesi kuliah hari ini dengan hati yang gembira dan membawa harapan dapat menempuh liku-liku sepanjang pengajian pada semester ini. Selamat kembali ke sekolah dan strive for the best. Gudluck rakan-rakan..




Selamat memulakakan semester baru kepada semua pelajar-pelajar Malaysia di semua universiti di Korea. kepada batch 13, selamat menjalani kehidupan di universiti. kepada batch14, selamat menempuh pengalaman pertama belajar di bumi sonata ini. 


^^ Goodluck!! 판이팅! Hwaiting!


Tuesday, February 18, 2014

Planning for your honeymoon trip in Korea??

Such a Sporting & Cute Couple.. 





Celebrating Their 30th Anniversary in Seoul with us..

Enjoying Colorful Awesome Autumn, wearing Korean Traditional Costume, The Hanbok!

Planning for your honeymoon trip in Korea?? Let us know and we will arrange it especially for you!

Contact us now by emailing to jomkekorea@gmail.com or whatsapp at +821098209897..


Cheers!!!

Monday, February 3, 2014

Fighting or Hwaiting???

Far from a battle cry, 화이팅 hwaiting is a commonly used word of encouragement, as well as a cheer. I’m told it made its way into Korean from its obvious English origin via the Japanese—and hence the unusual pronunciation. Language purists insist that it should be spelled 파이팅 paiting to reflect a closer approximation to the English wordfighting. (As I typed 화이팅 above, and again here, the spell check tried to change it to 파이팅!) However, it’s universally pronounced hwaiting and so you will encounter both spellings. Although in use for decades, it’s inclusion into dictionaries has been met with some reluctance, still considered merely slang.











You’ll often hear Koreans try to translate 화이팅 as fighting, understandably,
but we can actually translate it a couple of ways, depending on the situation…


At sporting events, the crowd will cheer on their team with 화이팅, sometimes preceded by 아자아자aja aja! just to get pumped up, and in international matches: 대한민국회이팅!! daehanmin-guk, hwaiting!! or even 코리아 화이팅!!koria hwaiting!! Go, Korea!!


To wish someone luck before a difficult endeavor, such as before a test, parachuting out of a plane or approaching a woman in a bar! 파이팅hwaiting! Good luck!


Korean people are really nice and good that they love to encourage people with their own special way!

Who started to use this AJA AJA HWAITING (fighting) after korean drama or I am alone here?^^


Do your best!~ Hwaiting!~ You can do this!~~