Monday, October 12, 2015

SUKAN DALAM MASYARAKAT KOREA



Apabila disebut sahaja tentang Korea, sudah pasti perkara pertama yang akan muncul di dalam fikiran golongan muda atau tua  adalah lagu-lagu pop Korea, drama-drama Korea mahupun program-program televisyen seperti Running Man. Tidak dapat dinafikan kehebatan Korea Selatan dalam menguasai dunia hiburan sehingga berjaya menarik minat penggemar-penggemar  bukan sahaja dari negara-negara Asia tetapi  juga negara-negara barat.

Namun begitu, terdapat banyak lagi kehebatan Korea Selatan yang orang ramai kurang tahu atau sudah lupa.  Korea Selatan merupakan salah satu negara yang hebat dalam bidang sukan yang dapat menandingi negara-negara barat.  Hal ini boleh dilihat dengan rekod kejayaan mereka dalam sukan-sukan seperti bola sepak, luncur figura, sukan renang dan lain-lain.  Korea Selatan banyak melahirkan atlet-atlet bertaraf dunia yang menjadi  inspirasi kepada golongan muda korea untuk terus mara kehadapan.
Antara atlet-atlet yang menjadi idola di kalangan masyarakat muda Korea ialah Park Ji-sung.
M
Kehebatannya dalam bola sepak telah berjaya membawa beliau untuk bermain di kelab bola Inggeris terkenal iaitu Manchester United. Di Manchester United, Park Jisung mendapat gelaran Three-lungs Park atau Park dengan tiga paru-paru  kerana Park Ji Sung selalu bermain agresif, penuh dedikasi, bergerak ke seluruh lapangan dengan kepantasan yang konsisten.
Apabila bercerita sahaja tentang luncur figura pula, sudah pasti nama pertama yang terlintas di fikiran ialah Kim Yuna.
AMIR2
Kim Yuna menjadi kegilaan ramai lelaki Korea bukan sahaja kerana kejelitaan beliau tetapi juga kerana kemahiran beliau dalam sukan ini. Kim Yuna merupakan peluncur figura wanita Korea Selatan pertama yang memenangi pingat pada ISU Junior , ISU Championship, dan Sukan Olimpik. Beliau juga peluncur figura wanita pertama yang memenangi Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Kejohanan Empat Kontinen dan Grand Prix Final. Dengan pencapaian-pencapaian ini, tidak hairanlah beliau menjadi salah seorang atlet yang sangat diiktiraf di Korea Selatan. Hasil daripada pencapaian yang banyak, beliau sering dirujuk sebagai “Queen Yuna” oleh pelbagai media di seluruh dunia.
Pelajar- pelajar Malaysia di Korea Selatan juga tidak melepaskan peluang untuk bersukan dengan menyertai aktiviti-aktiviti kelab sukan di universiti walaupun sibuk dengan tugasan kelas. Hal ini kerana dengan bersukan, pelajar-pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malah dapat mengenali budaya orang Korea dengan lebih mendalam. Antara kelab-kelab sukan yang disertai oleh pelajar-pelajar Malaysia ialah kelab Taekwondo. Amatlah aneh bagi universiti di Korea selatan yang tidak mempunyai kelab Taekwondo kerana  seni  bela diri ini berasal dari negara ini sendiri.
AMIR3
Pelajar-pelajar Malaysia bersama pelajar-pelajar Korea Selatan yang terlibat dalam Kelab Taekwondo, Korea University
Sukan bukan sahaja dilihat sebagai medan untuk berperang dalam mempamerkan skil-skil permainan  dan kemahiran tertentu dalam acara masing-masing, malah menjadi platform yang boleh menghasilkan banyak faedah, manfaat dan kebaikan. Oleh sebab itu, wajarlah sesebuah masyarakat menitik beratkan pembangunan sukan dan perkembangannya. Hal ini dapat dilaksanakan sekiranya sesebuah negara sanggup memperuntukkan berjuta-juta dana sebagai pelaburan jangka panjang. Oleh itu, ayuhlah kita sahut cabaran dan seruan kerajaan bagi menjayakan dan meningkatkan taraf sukan negara ke tahap yang paling optimum.
Wachaaaaaa!!!
info credit to KUK

No comments:

Post a Comment