Sunday, March 2, 2014

SAVARO RESTAURANT KINI DIBUKA DI KOREA SELATAN!

BERITA BAIK!



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

PEMBUKAAN RESTORAN BARU MILIK FELDA MALAYSIA DI KOREA SELATAN


Sukacita dimaklumkan bahawa restoran terbaru Savaro milik Felda Malaysia kini dibuka untuk orang ramai. Restoran ini terletak di Itaewon (sebelah Burger KIng/Restoran Agra/Hamilton Tailor)..

Buat masa ini, restoran ini hanya menyediakan juadah dalam bentuk buffet set iaitu Lunch Set 14,000 won dan Dinner Set 24,000. Menu ala carte sedang dalam proses dan akan mula disajikan tidak lama lagi.







Justeru, semua rakyat Malaysia di Korea adalah dijemput untuk datang dan mencuba masakan Malaysia di Korea ini..

Mewakili komuniti rakyat Malaysia di Korea Selatan, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Savaro Malaysia Restaurant dan semoga laris dan sukses dalam perniagaan ini.

Sama-samalah kita menyokong perniagaan syarikat Malaysia ini.

Ditanggung HALAL!

Malaysia BOLEH!

Pictures credit to Pakar Burung kita saudara Amzani Deris

Sekian, salam mesra.

2 comments: