Seoul Friendship Fair 2015 telah diadakan pada 2 dan 3 Mei lepas adalah satu festival yang memberi peluang kepada lebih 60 negara untuk dan mempromosikan keunikan budaya negara mereka kepada masyarakat luar terutamanya masyarakat Korea. Program ini dianjurkan oleh pihak Seoul City Hall dan Korea Tourism Organization, dengan kerjasama pihak Kedutaan dan Tourism negara lain. Pengunjung dapat merasai keunikan dan kepelbagaian budaya negara-negara lain dengan menghadirkan diri ke festival ini.
Malaysia juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dengan melibatkan diri dalam acara "World Culture Fair" dan “World Food Fair” sepanjang festival tersebut. Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) telah menguruskan Booth Kebudayaan manakala Kelab Umno Korea (KUK) dan Malaysian Association in the Republic of Korea (MARK) pula telah menguruskan Booth Makanan.
Secara ringkas, Booth Kebudayaan Malaysia Seoul Friendship Fair 2015 telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Pihak PPMK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama untuk menjayakan program ini termasuklah Tourism Malaysia, Pejabat PPL Seoul, KUK, MARK dan semua ahli PPMK. Diharapkan semua pelajar dapat memberikan komitmen dan sokongan yang padu dalam memperkenalkan kebudayaan Malaysia kepada masyarakat asing pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment