KAYUHAN MERDEKA DI BUMI SONATA
Dewasa ini, aktiviti berbasikal sebagai riadah semakin popular terutamanya dalam kalangan remaja. Di Malaysia, kebanyakan pemilik basikal menggunakan basikal hanya untuk beriadah atau bersukan sahaja tetapi di Korea Selatan ianya digunakan sebagai alternatif untuk pergi ke tempat kerja, pergi ke universiti malah digunakan untuk melancong di negara ini. Jika di Malaysia laluan untuk berbasikal agak terhad dan hanya terdapat di taman-taman rekreasi, kampus universiti dan di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Tetapi di Korea Selatan, terdapat laluan khas untuk berbasikal disediakan di sepanjang jalan raya seluruh negara ini.
Keadaan laluan basikal yang sangat cantik dan dijaga dengan rapi
Pihak kerajaan Korea Selatan sangat komited untuk memupuk budaya berbasikal dalam kalangan rakyatnya. Sebagai sebahagian daripada projek pemulihan sungai besar, kerajaan Korea Selatan telah mewujudkan laluan basikal yang kebanyakannya mengikuti empat sungai besar di negara ini iaitu Sungai Han, Sungai Nakdong, Sungai Geum, dan Sungai Yeongsan. Jalan keretaapi yang asalnya sejajar dengan sungai-sungai besar tersebut kini ditukar menjadi laluan basikal sepanjang 633Kilometer yang membolehkan rakyat untuk pergi ke Busan dari Seoul dengan menaiki basikal. Ia sekaligus menjadikan negara ini sebagai tarikan pelancong bagi penggemar basikal bukan sekadar masyarakat Korea bahkan pelancong dari seluruh dunia.
Peta laluan basikal
(sumber gambar darihttp://pds.joins.com/jmnet/koreajoongangdaily/_data/photo/2012/03/26212337.jpg)
Pada cuti semester yang lepas saya bersama rakan-rakan Malaysia yang lain berkesempatan untuk melakukan pengembaraan basikal dari Busan ke Seoul yang berjarak kira-kira 633 kilometer. Sebelum memulakan kayuhan anda digalakkan untuk membeli passport basikal. Pasport basikal tersebut boleh didapati di setiap checkpoint basikal yang berharga hanya KRW4000(RM12). Dalam pasport tersebut mempunyai ruangan cop untuk dicop di setiap checkpoint. Jika semua 27 ruangan di setiap passport dicop, pengayuh akan menerima pingat dan sijil daripada kerajaan Korea Selatan.
Passport basikal
Ruangan cop passport yang telah dicop di checkpoint tertentu
Para pengayuh beratur untuk mendapatkan cop di checkpoint
Mengembara dari Busan ke Seoul dengan berbasikal merupakan suatu pengalaman istimewa yang tidak dapat dilupakan. Laluan basikal yang kami lalui menyelusuri kawasan perkampungan masyarakat Korea, bandar-bandar kecil, pelbagai jenis jambatan dan terowong, sungai serta bukit-bukau. Semasa melalui perkampungan kami juga berkesempatan untuk merasai buah-buahan segar dari ladang yang popular di negara ini yang ditanam seperti epal, anggur dan sebagainya atas kebenaran tuannya. Dengan berbasikal juga kita dapat menikmati keindahan pemandangan Korea Selatan dengan lebih dekat lagi.
Berpeluang merasai buah epal yang segar dari ladang
Pemandagan di sepanjang perjalanan
Jika anda berasa penat setelah berkayuh basikal berjam-jam lamanya,anda tidak perlu risau untuk mencari tempat berhenti berehat kerana banyak tempat rehat disediakan kepada pengayuh-pengayuh basikal. Tempat-tempat tersebut dilengkapi dengan kedai-kedai yang menjual makanan dan minuman serta dilengkapi dengan tandas yang bersih serta percuma walaupun berada di kawasan pendalaman. Jika dari segi keselamatan pula anda tidak perlu risau kerana rata-rata tempat dilengkapi dengan televisyen litar tertutup(CCTV) yang memantau pergerakan anda jika berlaku kecemasan. Jika mempunyai masalah pada basikal seperti tayar pancit, basikal rosak dan sebagainya anda boleh meminta pertolongan daripada orang tempatan yang berhampiran. Mereka sedia memberi bantuan.
Memberi bantuan kepada pengayuh basikal warga Korea yang rosak
Bergambar bersama pemilik kedai yang sangat baik hati
Mengembara dengan berbasikal dari Busan ke Seoul bukan sahaja memerlukan kekuatan mental yang kuat malah memerlukan ketahanan mental serta kerjasama dari rakan-rakan yang lain. Melakukan kayuhan sejauh 633kilometer dalam masa lima hari memang sangat meletihkan namun ia memberikan pengalaman yang bermakna serta kepuasan yang sukar digambarkan. Kami juga dapat menikmati keindahan bumi Korea Selatan dari perspektif yang berbeza. Jika dilihat pada komitmen dan kesungguhan kerajaan Korea Selatan merancakkan aktiviti bersukan dan amalan gaya hidup sihat haruslah dijadikan contoh. Oleh itu, saya juga berharap negara kita yang tercinta, Malaysia suatu hari nanti dapat mengikuti jejak langkah yang dilakukan oleh kerajaan Korea Selatan.
Info Credit to KUK
Bagaimana dengan tempat bermalam (berkhemah ke?) dan makanan (masak sendiri ke?)
ReplyDelete