Tuesday, February 18, 2014

Bila Musim Yang Sesuai Untuk Ke Korea?

Salam...

Anyeong Haseyo Tuan Puan Yang Dihormati sekalian,

Terima kasih kerana sudi melayari page kami.

Ramai yang PM bertanyakan mengenai kesesuaian masa untuk datang ke Korea, ia sebenarnya bergantung kepada minat dan pilihan pelanggan itu sendiri.





Bagi kami, jika anda berminat untuk menikmati suhu yang sejuk dan berhajat untuk bermain salji bersama keluarga dan rakan-rakan, masa yang paling sesuai adalah pada penghujung Disember hingga ke Februari. 





Jika berminat untuk menikmati keindahan dan kecantikan bunga-bungaan, masa yang paling sesuai adalah pada pertengahan April hingga awal Mei kerana ketika itu bunga-bunga Sakura berkembang penuh dan sangat cantik!






Jika berminat untuk melihat keindahan suasana warna-warni dedaunan dan pepohonan, masa yang paling sesuai adalah pada penghujung Oktober hingga hujung November kerana masa ini semua pepohon dan dedaunan bertukar warna kekuningan, kemerahan dan keemasan sebelum keguguran... Ditambah dengan suhu yang amat selesa, biasanya musim ini menjadi pilihan utama para pengunjung. 





Namun begitu, ada juga pelanggan yang tidak kisah untuk berkunjung sewaktu musim panas asalkan dapat meluangkan masa dan makan angin bersama keluarga dan rakan-rakan. Musim panas juga sangat menarik di Korea kerana pada musim ini pelbagai aktiviti yang menarik dianjurkan antaranya Pesta Air, Pesta Pantai, Pesta Selut, Pesta Makanan, Pesta Fesyen, Pesta Kebudayaan dan sebagainya....






Untuk menyediakan jadual perjalanan dan pakej yang bersesuaian, kami perlukan jasabaik pihak tuan/puan untuk menyatakan jangkaan tarikh untuk datang ke Korea, tempoh yang dijangkakan serta bilangan peserta yang akan mengikutinya. Jika pihak puan mempunyai permintaan khas untuk mengunjungi tempat-tempat yang dihajati, boleh juga dinyatakan. Setelah maklumat ini diberikan, pihak kami akan menyediakan pakej, jadual perjalanan serta sebut harga yang bersesuaian.

Pakej-pakej yang disediakan oleh pihak kami adalah merangkumi penginapan (hotel atau homestay guesthouse), pengangkutan termasuk pemandu, tour guide, makan minum untuk 3 kali sehari, bayaran tiket masuk ke Nami Island, Geongbok Palace dan Everland disamping menjadi tukang tawar menawar, jurufoto dan sebagainya. Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan pembelian tiket penerbangan, ianya lebih afdhal jika dibeli oleh pelanggan itu sendiri.

Besarlah harapan kami jika dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik mengikut minat, kesesuaian dan keselesaan tuan/puan sekeluarga.

Sekian, salam penuh kemesraan dari Seoul,

Hmmmmm, apa lagi, Jom ke Korea!

No comments:

Post a Comment