Bersempena Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, Encik Afezan bersama isteri dan 2 orang anaknya, Firdaus dan juga Alisya telahpun berkunjung ke Korea selama 4 hari 3 malam. Tidak seperti kebanyakan rakyat Malaysia lain yang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman dan berjuang di dalam kesesakan lalulintas yang sangat luarbiasa, mereka sekeluarga memilih untuk mengisi cuti mereka dengan melancong ke Korea.
Antara tempat yang dilawati termasuklah Korea Folk Village di Suwon, Seoul City, Nami Island dan Vivaldi Ski Resort.. Antara pengalaman yang paling menyeronokkan saya ialah pabila melihat keseronokan dan kebahgiaan yang terpancar di riak wajah anak-anak kesayangan pasangan yang berkhidmat dengan Syarikat Penerbangan Negara ini. Ianyajelas dapat dilihat setelah kami tiba di Vivaldi Ski Resort. Sesampainya kami di sana, kami terus menaiki Gondola untuk ke puncak Gunung tersebut. Firdaus amat teruja sekali melihat salji. Adiknya yang sebelum itu hanya senyap pemalu telah bertukar menjadi riang dan ceria sekali bermain salji... Antara perkara yang saya tak dapat lupakan adalah ketika mereka (Firdaus, Alisya dan ayahnya) memakan salji yang masih melekat di pepohon yang terdapat sekitar kawasan Vivaldi Hill itu.
Memang sangat sempoi! Saya menjangkakan yang keluarga ini bakal kembali semula ke Korea di masa akan datang, kemungkinan hanya untuk membalas dendam main salji puas-puas dan harap2 ketika itu salji turut turun lebat dari langit supaya Firdaus dan Alisya dpt nga nga mulut untuk terus rasa makan ais kepal asli...
Terima kasih Encik Afezan sekeluarga kerana sudi memilih Kimchi TNT untuk menguruskan percutian anda sekeluarga di sini. We really hope all of u had a wonderful time in Korea.
Till we meet again soon, InsyaAllah.
Kong Xi Fa Chai
Kimchi MH-Malaysian Hospitality in Korea