Friday, October 31, 2014

Tips Bercuti Pada Musim Sejuk di Korea




Beberapa hari kebelakangan ini saya sering membalas email, whatsapp dan juga pertanyaan di facebook tentang musim sejuk dan persediaan yang perlu dibuat sekiranya ingin bercuti ke Korea pada musim sejuk.

Jadi untuk mengelakkan saya menjawab perkara yang sama berulang-ulang kali, maka di bawah ini saya akan gariskan perkara terperinci mengenai persediaan ketika bercuti di musim sejuk seperti pakaian yang sesuai, suhu dan cuaca, tempoh waktu, tempoh cuti, makanan dan sebagainya lagi.

Tips-tips ini adalah berdasarkan pengalaman saya, diambil dari blog-blog dan juga website dan juga berdasarkan perkongsian bersama rakan-rakan tour guide di sini.

1. Bilakah musim sejuk (Winter) bermula di Korea?

Secara rasminya mengikut tarikh di Korea dan negara di Asia Tengah (China, Korea, Jepun),  musim sejuk atau winter bermula pertengahan November dan dijangka akan berakhir pada awal Mac pada tahun berikutnya yang diikuti dengan musim Cherry Blossom (penghujung Mac) atau musim bunga Magnolia, Ros dan sebagainya (Mac-Mei).

2. Waktu siang dikatakan pendek, betulkah?

Ya, waktu siang bagi negara di Korea adalah sekitar 8-10jam sahaja sehari ketika musim sejuk. Matahari terbit sekitar jam 7.00 - 7.30pg dan akan terbenam sekitar jam 4:30 -5:30 petang.

3. Bagaimana pula dengan suhu?

Korea merupakan salah satu negara yang mengalami suhu musim sejuk antara yang paling ekstrem di dunia. Di Bandar Seoul sendiri suhu boleh turun mencapai paras sehingga -23’c, mana kala purata suhu pada buln Disember – Feb adalah sekitar 0’c hingga -18’c, sangat sejuk bukan? Jika anda berhajat untuk datang ke Korea pada musim sejuk dengan membawa kanak-kanak (infants) dan juga warga emas, dicadangkan agar anda membuat perancangan yang rapi, semak suhu sebenar sebelum membeli tiket penerbangan dan memilih tariknya.

4. Dan cuaca pula bagaimana?

Cuaca di musim sejuk adalah seperti biasa, matahari akan terbit dan menyinar terang seperti biasa, cumanya suhu tetap sejuk. Ada kalanya cuaca menjadi malap (gloomy) dengan langit sentiasa kelabu dan ada kalanya cuaca berangin tiup kencang sejuk menggigil (ini tanda bahawa salji akan turun tidak lama lagi). Jarang-jarang berlakunya hujan turun di musim sejuk di Korea.

5. Adakah musim sejuk bersalji?

Ya!, Hampir keseluruhan Korea akan dituruni salji pada musim sejuk apabila suhu telah turun sekitar bawah paras beku. Harus diingat bahawa 70% daripada tanah di Korea terdiri dari gunung-ganang dan berbukit-bukau, di kawasan pergunungan seperti Pyeongchang misalnya, suhu pada musim salji boleh turun hingga ke paras -40’c. Disebabkan faktor kesejukan inilah Pyeongchang telah dipilih sebagai lokasi Winter Olympic seterusnya iaitu pada tahun 2018.

6. Adakah salji turun sepanjang musim sejuk?

Salji juga adalah seperti hujan – sikap dan sifatnya adalah sama namun fizikalnya berbeza. Seperti hujan, salji juga turun seperti hujan, kadangkala ada dan kadangkala tiada. Hari ini turun esok mungkin tidak. Walaubagaimanapun, jika anda berkunjung ke kawasan pergunungan, pola penurunan salji adalah lebih kerap dan tebal berbanding di sebelah bawah atau selatan Korea (Busan dan Jeju)

7. Bolehkah saya pergi bercuti ketika musim sejuk?

Ya, sudah pastinya boleh. Korea merupakan antara negara 4 musim yang paling murah dan menarik yang sering menjadi pilihan pelancong dari Asia Tenggara terutamanya di Malaysia, Thailand, Singapura, Filipina dan Indonesia yang sedang dan masih hangat dengan fenomena K-Pop dan K-Drama yang telah sedikit sebanyak telah mempengaruhi kebanyakan peminatnya untuk datng melihat sendiri keindahan negara ini. anda boleh pergi bercuti ketika musim sejuk di mana-mana negara yang anda inginkan. Ada negara yang musim sejuknya tidak bersalji dan hujan pun jarang sekali cuma sejuk sahaja sekitar 7-15darjah celcius. Ada negara yang salji turun hampir setiap hari dan suhu adalah sekitar negatif 20 darjah celcius. Pokok pangkalnya, berapakah bajet anda? Jika bajet anda sekitar bawah RM4000-RM5000 semua sekali termasuk tiket penerbangan, maka Korea lah merupakan destinasi yang paling sesuai dan paling terbaik untuk anda sekeluarga. Kalau nak ke Jepun, matawangnya 2 kali ganda dengan Korea, Eropah pula tiket penerbangan sahaja sudah mencecah RM5,000 ke atas. Jadi pilihlah negara yang anda suka mengikut minat dan yang paling penting mengikut bajet anda..

8. Adakah digalakkan atau disarankan untuk bercuti pada musim sejuk?

Bergantung kepada keperluan anda dan keinginan anda. Namun ada beberapa perkara yang anda harus timbangkan seperti berikut:-

§  Siang yang pendek – anda tidak dapat menikmati pemandangan sepenuhnya dan tidak sempat berjalan-jalan dengan waktu yang lama sebab sejuk.

§  Kesejukan melampau – kalau tak bersalji maka angin kuat yang sangat sejuk akan melanda. Menyukarkan perjalanan dan menyukarkan segala-galanya.

§  Perkhidmatan pengangkutan yang sering tergendala – jadual perjalanan anda sering terganggu akibat kelewatan keretapi, pembatalan penerbangan dan sebagainya. (disebabkan ini saya sarankan anda memilih pakej yang menggunakan private transportation sepenuhnya dan bukan public transport.

§  Mudah jatuh sakit akibat cuaca sejuk melampau

Namun, bukanlah saya tidak menggalakkan anda bercuti ketika musim sejuk, hanya sebagai nota dan peringatan untuk anda supaya bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi cuaca sebegitu. Saya galakkan anda pergi bercuti dan rasailah sendiri pengalamannya.

9. Pakaian yang bagaimanakah perlu saya beli?

Ini adalah soalan yang paling kerap ditanya kepada saya dan ini juga adalah perkara yang paling penting dan perlu diberi perhatian. Keseluruhan badan perlu dijaga dan dilindungi dengan betul bagi mengelakkan anda jatuh sakit. Berikut saya gariskan tips-tips bagi membeli pakain musim sejuk yang sesuai.

i.    Jaket / Coat

§  Fabrik yang betul – terdapat pelbagai jenis pakaian musim sejuk yang diperbuat dari pelbagai jenis material atau fabrik. Antara fabrik yang paling sesuai adalah wool ataupun cashmere. Namun cashmere adalah sangat mahal maka wool adalah pilihan yang terbaik. Pastikan jaket yang anda beli dilapisi oleh wool atau diperbuat daripada wool. Boleh pilih material luar daripada cotton ataupun bahan yang kalis air. Nampun lapisan dalam daripada wool dan ketebalan yang sesuai adalah penting.

§  Saiz yang tepat. Saya sering melihat orang kita datang bercuti pada musim sejuk dengan memakai jaket yang besar atau “oversize” terutama orang tua dan berusia. Ini kerana mereka mahukan jaket yang longgar agar mereka selesa memakai. Ini adalah salah, kerana jaket yang besar dan longgar tidak akan memberi kepanasan kepada anda. Jaket seharusnya dibeli yang “fit” dengan badan anda. Ini bagi mengelakkan ada rongga udara atau ruang kosong yang mana udara sejuk akan masuk dan berkumpul disitu. Jadi belilah jaket yang sesuai dengan saiz anda, kalau anda bersaiz S maka belilah S dan jangan di naikkan satu saiz kepada M.

§  Bertopi atau mempunyai “hood” – Cuba dapatkan jaket yang mempunyai hood, tak kisah samada mempunyai bulu ataupun tidak. Sekiranya mempunyai bulu maka anda akan merasa lebih selesa di kawasan leher dan muka. Sekiranya tidak ada maka anda harus melindungi leher menggunakan skarf yang sesuai. Kalau salji atau hujun turun maka anda tidak memerlukan payung untuk menutupi kepala anda.

§  Berpoket – pastikan jaket anda mempunyai poket tepi bagi memudahkan anda memasukkan tangan. Perkara biasa yang anda akan lakukan adalah memasukkan tangan ke dalam poket bagi memanaskannya. Jadi pastikan jaket anda mempunyai poket dengan kedudukan yang betul dan selesa serta mudah bagi memasukkan tangan.

§  Warna – kalau boleh, elakkan warna yang terang seperti merah, kuning, hijau, pink dan sebagainya. Kebiasannya jaket berwarna gelap dipakai ketika winter seperti hitam, biru gelap dan coklat gelap. Namun sekiranya anda tidak kisah menjadi tumpuan ramai dan mata memandang ketika musim sejuk pakailah warna-warna yang terang tersebut kerana sudah pasti anda adalah orang asia, Hampir kebanyakan orang asia bercuti ketika musim sejuk memakai jaket berwarna terang. Namun sekiranya anda hendak pergi bermain ski maka jaket terang tersebut adalah diperlukan Description: :)

ii.  Seluar dan pakaian dalam
Pakailah seluar dari jenis kain yang tebal seperti jeans. Itu pun masih sejuk dan anda perlukan satu lagi lapis seluar di dalam samada tight ataupun thermal wear yg dikenali sebagai longjohn. Kalau suhu sekitar 8-15darjah celcius tak perlu pakai lah lapisan tight atau longjohn tu tapi kalau dah sekitar 5 darjah celcius ke bawah anda digalakkan memakainya. Kalau anda datang atas urusan perniagaan atau kerja yang memerlukan anda memakai sut atau seluar slack maka perlu pakai lapisan dalam tersebut.

iii. Baju dan pakaian dalam
Tidak kisah baju jenis apa pun tapi seeloknya dari jenis kain kapas yang tebal lagi bagus. Pakailah sehelai t-shirt di dalam untuk lelaki manakala wanita boleh pakai t-shirt juga atau spaghetti strap tu atau boleh pakai longjohn tadi dan kemudian pakailah baju anda. Kemudiaan lapisan atas boleh pakai cardigan atau pullover dan seterusnya barulah pakai jaket atau coat anda.

iv. Stokin
Pilihlah stokin dari jenis wool juga kerana ia memberi keselesaan dan kepanasan yang diperlukan.

v.  Skarf
Skarf juga seeloknya dari fabrik wool ataupun apa saja tetapi pastikan ianya cukup tebal.

vi. Kasut atau Boot
Ini adalah yang paling penting. Sekiranya kaki anda sejuk dan basah akibat dimasuki air ataupun salji  maka akan “spoiled” lah keseluruhan badan anda. Pastikan membeli dan memakai kasut yang kalis air. Kasut kavas adalah tidak boleh sama sekali sekiranya datang ke negara yang bersalji. Harus memakai kasu dari material kulit atau pvc atau getah yang kalis air. Pastikan cantuman atau jahitan antara tapak dan kasut tersebut tidak boleh diserapi air.
Pastikan kasut yang lebih tinggi atau but (boot) adalah seelok-eloknya kerana jika berjalan di dalam salji yang tebal sekitar 3-4 inci kasut anda tidak ditenggelami. Sekiranya tenggelam maka salji akan meresap masuk di atas paras buku lali anda.

vii. Sarung tangan
Jika hendak bermain salji maka haruslah membeli dan memakai sarung tangan yang kalis air atau dari jenis kulit atau pvc atau material lain yang kalis air. Sarung tangan dari jenis cotton tidak cukup untuk memberi kepanasan kepada tangan anda.

viii. Topi atau Snow Cap
Sekiranya perlu bolehlah membeli topi atau snowcap. Bagi yang mempunyai rambut yang lebat, topi atau snowcap kurang diperlukan namun bagi yang berambut jarang atau pendek atau tidak berambut maka perlulah memakai topi atau snowcap.

10. Dimanakah saya boleh mendapatkan pakaian musim sejuk ini?
Terdapat banyak kedai di Malaysia menjual pakaian musim sejuk. Sekiranya tidak kisah memakai jaket atau boot terpakai (2nd hand) anda bolehlah beli di kedai “bundle” atau secara online melalui ebay, amazon, lelong dan sebagainya dengan harga sekitar RM80-120 sahaja. Kedai Bundle banyak terdapat di Kuala Lumpur, antaranya di Jalan Raja Bot (setiap Jumaat-Ahad), Pasaraya Campbell, Ampang, Shah Alam dan boleh dikatakan hampir kesemua uptown atau downtown mempunyai gerai yang menjual pakaian bundle.

Tips saya – Pakaian musim sejuk lebih murah dijual di negara yang bermusim sejuk. Sebagai contoh sehelai winter jaket berharga RM350 di Universal Traveller Malaysia namun di H&M atau Uniqlo di Myeongdong, Seoul boleh didapati dengan hanya harga tak sampai RM200. Begitu juga dengan pakaian lain seperti long john (termal inner wear), sarung tangan, winter boot dan snow cap banyak boleh didapati di Seoul yang kebanyakannya menjual dengan harga promosi. Jadi anda boleh “gamble” redah je dengan memakai jaket nipis sementara waktu dan apabila tiba di Seoul anda maka bergegaslah pergi mencari dan membeli barang-barang tersebut. Di Namdaemun Market pula terdapat jualan jaket-jaket winter yang terpakai yang hanya dijual dengan harga RM30-35 sahaja dan kondisinya kebanyakannya masih lagi cantik dan designnya masih tetap stylo.



Sedikit TIPS Melancong di musim sejuk bersama keluarga:


- jika anda ingin melancong ke Korea pada musim sejuk dan akan bawa bersama anak2 kecil mahupun warga emas, sila lah pertimbangkan untuk ambil pakej yang menggunakan private transport sepenuhnya (kami ada menyediakannya, promote skit).. kesian kat anak2 dan makpak yang terpaksa menempuh kesejukan yang amat di samping kena jalan kaki jauh dalam suhu yang sejuk. Dah ramai yg kami jumpa family yg dtg holiday masa winter tp memilih utk naik public transport, tolongla pertimbangkan niat anda itu sekali lagi. Di sini suhunya bknnya seperti di Genting Highlands mahupun Mines Winter Wonderland.. sini suhunya sejuk beku.. anda tentunya nak dtg melancong dan rilex, bukannya datang melancong yang akhirnya membuatkan anda sangat penat, jatuh sakit dan terpaksa duduk di guesthouse sbb sakit lutut xleh nak jalan..

Tips ini dibawakan khas untuk anda semua oleh Kimchi Tour & Travel Korea..

Hubungi kami di jomkekorea@gmail.com atau whatsapp +821098209897..

Kami akan sediakan pakej mengikut kehendak, keperluan, minat dan yang paling penting mengikut kemampuan bajet anda..

Apa lagi, jom la ke Korea bersama kami!


TIPS PEMAKAIAN PADA MUSIM SEJUK DI KOREA UNTUK PELANCONG ASIA TENGGARA



Tinggal kurang dari sebulan akan masuknya musim sejuk atau winter di Korea.. Untuk makluman Korea merupakan antara negara yang mengalami musim sejuk yang paling extrem di dunia. Suhu di bandar Seoul sendiri boleh turun mencecah -21'c, itu belum suhu di kawasan pergunungan seperti di Pyeongchang yang adakalanya boleh mencecah sehingga -40'c.

Semasa winter, perkara yang perlu anda sediakan bagi menjamin keselesaan dan keharmonian anggota badan anda dalam menyesuaikan diri di musim sejuk, ini saya kongsikan serba ringkas tips pemakaian yang paling perlu dan sesuai:

- kasut boot, kalau dpt yang ada lapisan wool di sebelah dalam lebih baik, pakai sneakers boleh cuma kaki akan mudah kebas.. lelaki pun sama jugak, pakai boot atau hiking shoes dengan tapak vibram mmg sesuai




- stoking wool, stokin tebal sahaja x guna, kena tgk material yg digunakan.




- long john (better beli di Korea je sbb sini lebih murah dan byk pilihan - kat Myeongdong belambak kedai jual long john yg stylo dan murah)




- Jacket tebal (ikut kesesuaian dan kemampuan masing2), saya suggest beli yang bundle punye je lebih murah.. lagipun bukannya selalu pun kita nak layan winter, unless kita mmg selalu melancong la. Boleh beli di sini jugak sebab byk pilihan dan ada kalanya lebih murah dgn promosi jualan sempena winter




- biasanya pakai 3 lapis (long john, sweater dan jaket)

- sentiasa standby lotion atau moisturizer sebab kulit akan mudah kering dan merekah yang akan menyebabkan gatal2 dan tidak selesa. Anda mesti tidak mahu kelihatan macam kacing kepanasan garu sana garu sini buruk bebenor ghopernya nanti..




- kalau ada hot/warmer pack pun bagus jugak, letak dlm poket je rasa2 kebas tangan boleh genggam bagi selesa



- glove yang diperbuat dari wool kalau nak yg stylo, glove ala2 glove ski pun bagus jugak pakai.. kalau ada glove yg boleh guna utk smart phone pun cun cuma biasanya glove mcm ni x tebal dan tangan mudah kebas



- kerap minum air dan mkn makanan yang boleh memanaskan badan spt kambing dan bukannya deghoyan (durian) ye kawan2.. 

- standby lip balm sebab kdg2 bibir mudah merekah dan kering

- snow cap / winter hat atau ear cover

- shawl utk dililitkan di leher bagi nampak stylo ala2 k-drama gitu (byk dijual di tepi2 jalan di Seoul)



Sedikit TIPS Melancong di musim sejuk bersama keluarga:

- jika anda ingin melancong ke Korea pada musim sejuk dan akan bawa bersama anak2 kecil mahupun warga emas, sila lah pertimbangkan untuk ambil pakej yang menggunakan private transport sepenuhnya (kami ada menyediakannya, promote skit).. kesian kat anak2 dan makpak yang terpaksa menempuh kesejukan yang amat di samping kena jalan kaki jauh dalam suhu yang sejuk. Dah ramai yg kami jumpa family yg dtg holiday masa winter tp memilih utk naik public transport, tolongla pertimbangkan niat anda itu sekali lagi. Di sini suhunya bknnya seperti di Genting Highlands mahupun Mines Winter Wonderland.. sini suhunya sejuk beku.. anda tentunya nak dtg melancong dan rilex, bukannya datang melancong yang akhirnya membuatkan anda sangat penat, jatuh sakit dan terpaksa duduk di guesthouse sbb sakit lutut xleh nak jalan..

Tips ini dibawakan khas untuk anda semua oleh Kimchi Tour & Travel Korea..

Hubungi kami di jomkekorea@gmail.com atau whatsapp +821098209897..

Kami akan sediakan pakej mengikut kehendak, keperluan, minat dan yang paling penting mengikut kemampuan bajet anda..

Apa lagi, jom la ke Korea bersama kami!