Tinggal kurang dari sebulan akan masuknya musim sejuk atau winter di Korea.. Untuk makluman Korea merupakan antara negara yang mengalami musim sejuk yang paling extrem di dunia. Suhu di bandar Seoul sendiri boleh turun mencecah -21'c, itu belum suhu di kawasan pergunungan seperti di Pyeongchang yang adakalanya boleh mencecah sehingga -40'c.
Semasa winter, perkara yang perlu anda sediakan bagi menjamin keselesaan dan keharmonian anggota badan anda dalam menyesuaikan diri di musim sejuk, ini saya kongsikan serba ringkas tips pemakaian yang paling perlu dan sesuai:
- kasut boot, kalau dpt yang ada lapisan wool di sebelah dalam lebih baik, pakai sneakers boleh cuma kaki akan mudah kebas.. lelaki pun sama jugak, pakai boot atau hiking shoes dengan tapak vibram mmg sesuai
- stoking wool, stokin tebal sahaja x guna, kena tgk material yg digunakan.
- long john (better beli di Korea je sbb sini lebih murah dan byk pilihan - kat Myeongdong belambak kedai jual long john yg stylo dan murah)
- Jacket tebal (ikut kesesuaian dan kemampuan masing2), saya suggest beli yang bundle punye je lebih murah.. lagipun bukannya selalu pun kita nak layan winter, unless kita mmg selalu melancong la. Boleh beli di sini jugak sebab byk pilihan dan ada kalanya lebih murah dgn promosi jualan sempena winter
- biasanya pakai 3 lapis (long john, sweater dan jaket)
- sentiasa standby lotion atau moisturizer sebab kulit akan mudah kering dan merekah yang akan menyebabkan gatal2 dan tidak selesa. Anda mesti tidak mahu kelihatan macam kacing kepanasan garu sana garu sini buruk bebenor ghopernya nanti..
- kalau ada hot/warmer pack pun bagus jugak, letak dlm poket je rasa2 kebas tangan boleh genggam bagi selesa
- glove yang diperbuat dari wool kalau nak yg stylo, glove ala2 glove ski pun bagus jugak pakai.. kalau ada glove yg boleh guna utk smart phone pun cun cuma biasanya glove mcm ni x tebal dan tangan mudah kebas
- kerap minum air dan mkn makanan yang boleh memanaskan badan spt kambing dan bukannya deghoyan (durian) ye kawan2..
- standby lip balm sebab kdg2 bibir mudah merekah dan kering
- snow cap / winter hat atau ear cover
- shawl utk dililitkan di leher bagi nampak stylo ala2 k-drama gitu (byk dijual di tepi2 jalan di Seoul)
Sedikit TIPS Melancong di musim sejuk bersama keluarga:
- jika anda ingin melancong ke Korea pada musim sejuk dan akan bawa bersama anak2 kecil mahupun warga emas, sila lah pertimbangkan untuk ambil pakej yang menggunakan private transport sepenuhnya (kami ada menyediakannya, promote skit).. kesian kat anak2 dan makpak yang terpaksa menempuh kesejukan yang amat di samping kena jalan kaki jauh dalam suhu yang sejuk. Dah ramai yg kami jumpa family yg dtg holiday masa winter tp memilih utk naik public transport, tolongla pertimbangkan niat anda itu sekali lagi. Di sini suhunya bknnya seperti di Genting Highlands mahupun Mines Winter Wonderland.. sini suhunya sejuk beku.. anda tentunya nak dtg melancong dan rilex, bukannya datang melancong yang akhirnya membuatkan anda sangat penat, jatuh sakit dan terpaksa duduk di guesthouse sbb sakit lutut xleh nak jalan..
Tips ini dibawakan khas untuk anda semua oleh Kimchi Tour & Travel Korea..
Hubungi kami di jomkekorea@gmail.com atau whatsapp +821098209897..
Kami akan sediakan pakej mengikut kehendak, keperluan, minat dan yang paling penting mengikut kemampuan bajet anda..
Apa lagi, jom la ke Korea bersama kami!
No comments:
Post a Comment