Beberapa hari kebelakangan ini saya sering
membalas email, whatsapp dan juga pertanyaan di facebook tentang musim sejuk dan
persediaan yang perlu dibuat sekiranya ingin bercuti ke Korea pada musim sejuk.
Jadi untuk mengelakkan saya menjawab perkara
yang sama berulang-ulang kali, maka di bawah ini saya akan gariskan perkara
terperinci mengenai persediaan ketika bercuti di musim sejuk seperti pakaian
yang sesuai, suhu dan cuaca, tempoh waktu, tempoh cuti, makanan dan sebagainya
lagi.
Tips-tips ini adalah berdasarkan pengalaman
saya, diambil dari blog-blog dan juga website dan juga berdasarkan perkongsian
bersama rakan-rakan tour guide di sini.
1. Bilakah musim sejuk (Winter) bermula di Korea?
Secara rasminya mengikut tarikh di Korea dan negara di Asia Tengah (China,
Korea, Jepun), musim sejuk
atau winter bermula pertengahan November dan dijangka akan berakhir
pada awal Mac pada tahun berikutnya
yang diikuti dengan musim Cherry Blossom (penghujung Mac) atau musim bunga
Magnolia, Ros dan sebagainya (Mac-Mei).
2. Waktu siang dikatakan pendek, betulkah?
Ya, waktu siang bagi negara di Korea adalah sekitar 8-10jam sahaja sehari ketika musim sejuk. Matahari
terbit sekitar jam 7.00 - 7.30pg
dan akan terbenam sekitar jam 4:30 -5:30 petang.
3. Bagaimana pula dengan suhu?
Korea
merupakan salah satu negara yang mengalami suhu musim sejuk antara yang paling
ekstrem di dunia. Di Bandar Seoul sendiri suhu boleh turun mencapai paras
sehingga -23’c, mana kala purata suhu pada buln Disember – Feb adalah sekitar 0’c
hingga -18’c, sangat sejuk bukan? Jika anda berhajat untuk datang ke Korea pada
musim sejuk dengan membawa kanak-kanak (infants) dan juga warga emas, dicadangkan agar anda membuat perancangan yang rapi, semak suhu sebenar sebelum membeli tiket penerbangan dan
memilih tariknya.
4. Dan cuaca pula bagaimana?
Cuaca di musim sejuk adalah seperti
biasa, matahari akan terbit dan menyinar terang seperti biasa, cumanya suhu
tetap sejuk. Ada kalanya cuaca menjadi malap (gloomy) dengan langit sentiasa kelabu dan ada kalanya cuaca
berangin tiup kencang sejuk menggigil (ini tanda bahawa salji akan turun tidak
lama lagi). Jarang-jarang
berlakunya hujan turun di musim sejuk di Korea.
5. Adakah musim sejuk bersalji?
Ya!, Hampir keseluruhan Korea akan
dituruni salji pada musim sejuk
apabila suhu telah turun sekitar bawah paras beku. Harus
diingat bahawa 70% daripada tanah di Korea terdiri dari gunung-ganang dan
berbukit-bukau, di kawasan pergunungan seperti Pyeongchang misalnya, suhu pada
musim salji boleh turun hingga ke paras -40’c. Disebabkan faktor kesejukan
inilah Pyeongchang telah dipilih sebagai lokasi Winter Olympic seterusnya iaitu
pada tahun 2018.
6. Adakah salji turun sepanjang musim sejuk?
Salji juga adalah seperti hujan – sikap dan
sifatnya adalah sama namun fizikalnya berbeza. Seperti hujan, salji juga turun
seperti hujan, kadangkala ada dan kadangkala tiada. Hari ini turun esok mungkin
tidak. Walaubagaimanapun, jika anda berkunjung ke kawasan pergunungan,
pola penurunan salji adalah lebih kerap dan tebal berbanding di sebelah bawah
atau selatan Korea (Busan dan Jeju)
7. Bolehkah saya pergi bercuti ketika musim sejuk?
Ya, sudah pastinya boleh. Korea
merupakan antara negara 4 musim yang paling murah dan menarik yang sering
menjadi pilihan pelancong dari Asia Tenggara terutamanya di Malaysia, Thailand,
Singapura, Filipina dan Indonesia yang sedang dan masih hangat dengan fenomena
K-Pop dan K-Drama yang telah sedikit sebanyak telah mempengaruhi kebanyakan
peminatnya untuk datng melihat sendiri keindahan negara ini. anda boleh pergi bercuti ketika musim sejuk di
mana-mana negara yang anda inginkan. Ada negara yang musim sejuknya tidak
bersalji dan hujan pun jarang sekali cuma sejuk sahaja sekitar 7-15darjah
celcius. Ada negara yang salji turun hampir setiap hari dan suhu adalah sekitar
negatif 20 darjah celcius. Pokok pangkalnya, berapakah bajet anda? Jika
bajet anda sekitar bawah RM4000-RM5000 semua sekali termasuk tiket penerbangan,
maka Korea lah merupakan destinasi yang paling sesuai dan paling terbaik untuk
anda sekeluarga. Kalau nak ke Jepun, matawangnya 2 kali ganda dengan Korea,
Eropah pula tiket penerbangan sahaja sudah mencecah RM5,000 ke atas. Jadi pilihlah negara yang anda suka
mengikut minat dan yang paling penting mengikut bajet anda..
8. Adakah digalakkan atau disarankan untuk bercuti pada musim
sejuk?
Bergantung kepada keperluan anda dan keinginan
anda. Namun ada beberapa perkara yang anda harus timbangkan seperti berikut:-
§
Siang yang pendek –
anda tidak dapat menikmati pemandangan sepenuhnya dan tidak sempat
berjalan-jalan dengan waktu yang lama sebab sejuk.
§
Kesejukan melampau –
kalau tak bersalji maka angin kuat yang sangat sejuk akan
melanda. Menyukarkan
perjalanan dan menyukarkan segala-galanya.
§
Perkhidmatan
pengangkutan yang sering tergendala – jadual perjalanan anda sering terganggu
akibat kelewatan keretapi, pembatalan penerbangan dan sebagainya.
(disebabkan ini saya sarankan anda memilih pakej yang menggunakan private
transportation sepenuhnya dan bukan public transport.
§
Mudah jatuh sakit
akibat cuaca sejuk melampau
Namun, bukanlah saya tidak menggalakkan anda
bercuti ketika musim sejuk, hanya sebagai nota dan peringatan untuk anda supaya
bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi cuaca sebegitu. Saya galakkan anda
pergi bercuti dan rasailah sendiri pengalamannya.
9. Pakaian yang bagaimanakah perlu saya beli?
Ini adalah soalan yang paling kerap ditanya
kepada saya dan ini juga adalah perkara yang paling penting dan perlu diberi
perhatian. Keseluruhan badan perlu dijaga dan dilindungi dengan betul bagi
mengelakkan anda jatuh sakit. Berikut saya gariskan tips-tips bagi membeli
pakain musim sejuk yang sesuai.
i. Jaket / Coat
§ Fabrik yang betul – terdapat pelbagai jenis pakaian musim
sejuk yang diperbuat dari pelbagai jenis material atau fabrik. Antara fabrik
yang paling sesuai adalah wool ataupun cashmere. Namun cashmere adalah sangat
mahal maka wool adalah pilihan yang terbaik. Pastikan jaket yang anda beli dilapisi
oleh wool atau diperbuat daripada wool. Boleh pilih material luar daripada
cotton ataupun bahan yang kalis air. Nampun lapisan dalam daripada wool dan
ketebalan yang sesuai adalah penting.
§ Saiz yang tepat. Saya sering melihat orang kita datang
bercuti pada musim sejuk dengan memakai jaket yang besar atau “oversize”
terutama orang tua dan berusia. Ini kerana mereka mahukan jaket yang longgar
agar mereka selesa memakai. Ini adalah salah, kerana jaket yang besar dan
longgar tidak akan memberi kepanasan kepada anda. Jaket seharusnya dibeli yang
“fit” dengan badan anda. Ini bagi mengelakkan ada rongga udara atau ruang
kosong yang mana udara sejuk akan masuk dan berkumpul disitu. Jadi belilah
jaket yang sesuai dengan saiz anda, kalau anda bersaiz S maka belilah S dan
jangan di naikkan satu saiz kepada M.
§ Bertopi atau mempunyai “hood” – Cuba dapatkan jaket yang mempunyai
hood, tak kisah samada mempunyai bulu ataupun tidak. Sekiranya mempunyai bulu
maka anda akan merasa lebih selesa di kawasan leher dan muka. Sekiranya tidak
ada maka anda harus melindungi leher menggunakan skarf yang sesuai. Kalau salji
atau hujun turun maka anda tidak memerlukan payung untuk menutupi kepala anda.
§ Berpoket – pastikan jaket anda mempunyai poket
tepi bagi memudahkan anda memasukkan tangan. Perkara biasa yang anda akan
lakukan adalah memasukkan tangan ke dalam poket bagi memanaskannya. Jadi
pastikan jaket anda mempunyai poket dengan kedudukan yang betul dan selesa
serta mudah bagi memasukkan tangan.
§ Warna – kalau boleh, elakkan warna yang terang
seperti merah, kuning, hijau, pink dan sebagainya. Kebiasannya jaket berwarna
gelap dipakai ketika winter seperti hitam, biru gelap dan coklat gelap. Namun
sekiranya anda tidak kisah menjadi tumpuan ramai dan mata memandang ketika
musim sejuk pakailah warna-warna yang terang tersebut kerana sudah pasti anda
adalah orang asia, Hampir kebanyakan orang asia bercuti ketika musim sejuk
memakai jaket berwarna terang. Namun sekiranya anda hendak pergi bermain ski
maka jaket terang tersebut adalah diperlukan
ii. Seluar dan pakaian dalam
Pakailah seluar dari jenis kain yang tebal
seperti jeans. Itu pun masih sejuk dan anda perlukan satu lagi lapis seluar di
dalam samada tight ataupun thermal wear yg dikenali sebagai longjohn. Kalau
suhu sekitar 8-15darjah celcius tak perlu pakai lah lapisan tight atau longjohn
tu tapi kalau dah sekitar 5 darjah celcius ke bawah anda digalakkan memakainya.
Kalau anda datang atas urusan perniagaan atau kerja yang memerlukan anda
memakai sut atau seluar slack maka perlu pakai lapisan dalam tersebut.
iii. Baju dan pakaian dalam
Tidak kisah baju jenis apa pun tapi seeloknya
dari jenis kain kapas yang tebal lagi bagus. Pakailah sehelai t-shirt di dalam
untuk lelaki manakala wanita boleh pakai t-shirt juga atau spaghetti strap tu
atau boleh pakai longjohn tadi dan kemudian pakailah baju anda. Kemudiaan
lapisan atas boleh pakai cardigan atau pullover dan seterusnya barulah pakai
jaket atau coat anda.
iv. Stokin
Pilihlah stokin dari
jenis wool juga kerana ia memberi keselesaan dan kepanasan yang diperlukan.
v. Skarf
Skarf juga seeloknya
dari fabrik wool ataupun apa saja tetapi pastikan ianya cukup tebal.
vi. Kasut atau Boot
Ini adalah yang paling penting. Sekiranya kaki
anda sejuk dan basah akibat dimasuki air ataupun salji maka akan
“spoiled” lah keseluruhan badan anda. Pastikan membeli dan memakai kasut yang
kalis air. Kasut kavas adalah tidak boleh sama sekali sekiranya datang ke
negara yang bersalji. Harus memakai kasu dari material kulit atau pvc atau
getah yang kalis air. Pastikan cantuman atau jahitan antara tapak dan kasut
tersebut tidak boleh diserapi air.
Pastikan kasut yang lebih tinggi atau but
(boot) adalah seelok-eloknya kerana jika berjalan di dalam salji yang tebal
sekitar 3-4 inci kasut anda tidak ditenggelami. Sekiranya tenggelam maka salji
akan meresap masuk di atas paras buku lali anda.
vii. Sarung tangan
Jika hendak bermain salji maka haruslah
membeli dan memakai sarung tangan yang kalis air atau dari jenis kulit atau pvc
atau material lain yang kalis air. Sarung tangan dari jenis cotton tidak cukup
untuk memberi kepanasan kepada tangan anda.
viii. Topi atau Snow Cap
Sekiranya perlu bolehlah membeli topi atau
snowcap. Bagi yang mempunyai rambut yang lebat, topi atau snowcap kurang
diperlukan namun bagi yang berambut jarang atau pendek atau tidak berambut maka
perlulah memakai topi atau snowcap.
10. Dimanakah saya boleh mendapatkan pakaian musim sejuk ini?
Terdapat banyak kedai di Malaysia menjual
pakaian musim sejuk. Sekiranya tidak kisah memakai jaket atau boot terpakai
(2nd hand) anda bolehlah beli di kedai “bundle” atau secara online melalui ebay,
amazon, lelong dan sebagainya dengan harga sekitar RM80-120 sahaja. Kedai
Bundle banyak terdapat di Kuala Lumpur, antaranya di Jalan Raja Bot (setiap
Jumaat-Ahad), Pasaraya Campbell, Ampang, Shah Alam dan boleh dikatakan hampir
kesemua uptown atau downtown mempunyai gerai yang menjual pakaian bundle.
Tips saya –
Pakaian musim sejuk lebih murah dijual di negara yang bermusim sejuk. Sebagai
contoh sehelai winter jaket berharga RM350 di Universal Traveller Malaysia
namun di H&M atau Uniqlo di Myeongdong, Seoul boleh didapati dengan hanya harga
tak sampai RM200. Begitu juga dengan pakaian lain seperti long john (termal
inner wear), sarung tangan, winter boot dan snow cap banyak boleh didapati di
Seoul yang kebanyakannya menjual dengan harga promosi. Jadi anda boleh “gamble” redah
je dengan memakai jaket
nipis sementara waktu dan apabila tiba di Seoul anda maka bergegaslah pergi mencari dan
membeli barang-barang tersebut. Di Namdaemun Market pula terdapat jualan
jaket-jaket winter yang terpakai yang hanya dijual dengan harga RM30-35 sahaja
dan kondisinya kebanyakannya masih lagi cantik dan designnya masih tetap stylo.
Sedikit TIPS Melancong di musim sejuk bersama
keluarga:
- jika anda ingin melancong ke
Korea pada musim sejuk dan akan bawa bersama anak2 kecil mahupun warga emas,
sila lah pertimbangkan untuk ambil pakej yang menggunakan private transport
sepenuhnya (kami ada menyediakannya, promote skit).. kesian kat anak2 dan
makpak yang terpaksa menempuh kesejukan yang amat di samping kena jalan kaki
jauh dalam suhu yang sejuk. Dah ramai yg kami jumpa family yg dtg holiday masa
winter tp memilih utk naik public transport, tolongla pertimbangkan niat anda
itu sekali lagi. Di sini suhunya bknnya seperti di Genting Highlands mahupun
Mines Winter Wonderland.. sini suhunya sejuk beku.. anda tentunya nak dtg
melancong dan rilex, bukannya datang melancong yang akhirnya membuatkan anda
sangat penat, jatuh sakit dan terpaksa duduk di guesthouse sbb sakit lutut xleh
nak jalan..
Tips ini dibawakan khas untuk
anda semua oleh Kimchi Tour & Travel Korea..
Hubungi kami di jomkekorea@gmail.com
atau whatsapp +821098209897..
Kami akan sediakan pakej
mengikut kehendak, keperluan, minat dan yang paling penting mengikut kemampuan
bajet anda..
Apa lagi, jom la ke Korea
bersama kami!
hello. kami akan ke korea pd 18-26 december 2015ni, bole tak advise private tour utk 2 adult and 2 kids and package skali? anak plaing kecil ialah setahun 3 bulan. thanks.
ReplyDeleteSaya planning utk ke seoul november 2016.
ReplyDelete21/11-25/11
Family : 2A + 2c (5&3yrs)
Budget include flight not more $5000.
Boleh tolong ke?
Yg penting nak pergi everland dgn nami island.
Thnks.
Email : khaylafaizee@gmail.com
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesejuk, boleh cuba datang ke pyeongchang trout festival, di peongchang. Bermula pertengahan bulan disember hingga hujung january. Antara yg menarik ialah memancing ikan trout dibawah ais. Suhu persekitaran sekitar -15C
ReplyDelete