Friday, November 28, 2014

Restaurant Makanan Korea Halal Terbaru

Salam Jumaat





Terletak di Itaewon (berhampiran dengan Masjid Itaewon), Restaurant Eid yang telah dibuka lebih sebulan ini menyajikan sajian makanan Korea yang asli untuk semua pelanggannya.. 








Ruang dan design restaurant yang cozy dan menarik membuatkan pelanggan meminati restoran ini.





Buat masa ini hanya 2 menu sahaja yang diperkenalkan sebagai permulaan iaitu Bulgogi Set (₩10,000) dan Bibimbab (₩8,000).. Sedikit masa lagi beberapa menu baru termasuk Samgeitang Chicken juga akan diperkenalkan. Restoran ini merupakan restoran ke 5 yang mendapat pengiktirafan dan persijilan HALAL dari Korea Muslim Federation (KMF)








Inilah Ownernya Brother Yusuf Lee bersama Isterinya Nuura bergambar bersama YB Datuk Rahman Dahlan (tengah) iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa lawatannya ke Korea baru-baru ini

Pemiliknya iaitu Brother Yusuf Lee merupakan insan yang tidak asing lagi bagi masyarakat Muslim Korea di sekitar Itaewon ini, anaknya Said Lee kini berada di tahun 2 pengajian peringkat Master dalam jurusan Islamic Finance di UIA, Malaysia. Cubalah, InsyaAllah anda akan menyukainya.. oh ya, Air Teh Korea atau Omija Tea atau Teh 5 Rasa di kedai ni sangatla sedap.. 





Saya lampirkan beberapa gambar dan details mengenai restoran ini untuk perkongsian bersama.. berikut pula adalah link kepada page Restoran ini.

https://m.facebook.com/eid.halal.korean.food

Kamsahamnida




Have a bless rainy Friday everyone!







No comments:

Post a Comment