Saturday, September 21, 2013

Pakej 5 Hari 4 Malam oleh Puan Salimah & Family dari KL

Salam... Anyeong Haseyo!


Alhamdulillah, pada tanggal 16-20 September yang lalu, team kami telah selesai membawa Puan Salimah dan keluarga (4 orang) yang datang melancong menggunakan pakej pelancongan dan perkhidmatan kami.





Beliau beserta suami, kakak dan adiknya semuanya pertama kali berkunjung ke Seoul. Pada hari pertama, kami mengambil mereka di Incheon Airport dan terus ke Nami Island menikmati keindahan Pulau yang diberikan jolokan Winter Sonata Island. Sepanjang perjalanan, mereka disajikan pemandangan panorama yang sangat indah melalui perjalanan di tepi Bukhangang River, melalui pinggiran perkampungan tradisional Korea dan singgah sebentar untuk bergambar di perkampungan kecil orang Perancis iaitu Petite France.





Setelah menikmati keindahan Pulau Nami dan kehijauan kawasan Gapyeong, mereka telah dibawa untuk menikmati juadah Ikan Bakar dan Sotong masak merah yang paling terkenal di Sinchon, Seoul yang menjadi persinggahan wajib pelancong terutamanya dari Malaysia yang ingin merasai kelazatan masakan Korea. Sedap giler, sumpah tak tipu!










Sepanjang berada selama 4 malam di Seoul, mereka menginap di Western Co-Op Residence (3.5 Star) yang terletak hanya 5 minit perlajanan kaki ke kawasan fashion street di Dongdaemun History and Culture Park yang sangat terkenal di bandaraya Seoul. Dengan lokasinya yang amat strategik serta kemudahan di dalam bilik seperti wifi 24 jam percuma, dapur dan microwave untuk memasak, TV, aircond, saiz bilik yang luas dan selesa semestinya membuatkan mereka lebih gembira sepanjang berada di Seoul.



Penginapan di Western Co-Op Residence 
Hari kedua pula merupakan hari Culture and Shopping Tour, bermula seawal 8 pagi mereka telah dibawa ke Gwanghwamun Square, Cheonggye Stream (terusan buatan sendiri di tengah bandar), Galeri King Sejong, Namsangol Traditional Hanok Village, makan tengahari di Restoran Korean Halal Food, membeli belah di Namdaemun Market dan ronda-ronda di sekitar Bandaraya Seoul. 


Bersama anak-anak Korea yang memakai pakaian Tradisional mereka iaitu Hanbok di
Namsangol Traditional Hanok Village

Meniti Cheonggye Stream, terusan buatan sendiri yang menjadi kebanggan rakyat Korea
Menikmati Korean Halal Food, Bulgogi Set
Acara wajib, shopping di Namdaemun Market

Berpeluang memakai baju Diraja ala King Sejong

Pada hari ketiga pula, mereka telah dibawa melawat Geongbok Palace dan National Folk Museum di mana mereka berpeluang memakai pakaian tradisional pahlawan Korea. Lepas itu kami membawa mereka melawat War Memorial Museum bagi melihat dan memperhalusi sejarah peperangan saudara di Korea dan bagaimana rakyat Korea mula bangkit dan membangunkan negara mereka dengan cepat dan pesatnya. Setelah selesai, kami singgah makan tengahari di restoran Thai yang paling sedap di Seoul iaitu Wang Thai yang terletak di Itaewon. Gendang gendut tali kecapi, sudah kenyang perut maka senanglah hati. Sesudah itu kami singgah untuk solat Zohor dan melawat Masjid terbesar di Korea Selatan yang merupakan ibu pejabat kepada Korea Muslim Federation yang merupakan badan utama yang membangun dan memperjuangkan Muslim di sini. Setelah selesai bergambar di Masjid Seoul Central, kami membawa mereka ke Seoul Tower, menara yang paling tinggi di Korea Selatan yang terletak di Namsan Hill untuk melihat keindahan panorama Bandaraya Seoul dari ketinggal lebih 1500m dari paras laut.




Bersama pengawal Istana Diraja di Geongbok
Salah satu tugu di War Memorial Museum
Singgah Solat dan melawat Masjid Seoul Central
Hari keempat mereka telah dibawa ke Everland yang lebih dikenali dengan nama jolokan sebagai Disneyland versi Korea yang sememangnya menjanjikan keindahan taman-taman bunga yang luas dan cantik, keriangan di theme park serta permainan-permainan menarik, bangunan-bangunan yang klasik dan indah yang membuatkan para pengunjungnya tidak henti-henti untuk mengambil gambar dengan riangnya. Pada malamnya pula, mereka telah dibawa ke Myeongdong Fashion Street, salah satu lorong fashion yang wajib dikunjungi bagi meraka yang ingin membeli belah pakaian-pakaian yang new and trendy design dengan harga yang berpatutan.







Pagi Jumaat merupakan hari terakhir mereka di Seoul di mana seawal 7.30 pagi mereka sudahpun dibawa ke Incheon Airport (75km atau sejam lebih perjalanan dari Seoul) untuk menaiki pesawat MAS untuk pulang ke KL pada jam 11.00 pagi. 

Alhamdulillah, semuanya telahpun selesai. Maklumbalas daripada message yang dihantar oleh Puan Salimah melalui whatsapp, mereka menyatakan berasa amat berpuasa hati dengan perkhidmatan dan layan yang telah berikan, selesa dan gembira dengan segala aturan perjalanan serta menjadi antara kenangan terindah di dalam hidup mereka. Mereka juga bersedia untuk memperkenalkan team kami kepada keluarga, sahabat mahupun kenalan mereka yang ingin ke Korea.



Terima kasih Kak Sal dan keluarga di atas segala kemesraan, kerjasama dan kepercayaan yang diberikan kepada pihak kami untuk mengendalikan sepenuhnya sepanjang perjalanan di Seoul. Untuk makluman, segalanya telah dimasukkan di dalam pakej yang kami sediakan seperti tour guide, pengangkutan, makan minum dan penginapan. Pendek kata, semuanya telah dibereskan dan mereka hanya perlu bawa duit untuk shopping sahaja. Sekali lagi terima kasih, sehingga ketemu lagi InsyaAllah 



Anda bila lagi? Email kami di jomkekorea@gmail.com sekarang untuk maklumat lajut dan proposal serta iteneri untuk anda. kami hanya perlukan tarikh penerbangan anda dan jumlah peserta yang akan mengikuti pelancongan ke Korea ini. InsyaAllah, kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pelanggan kami.


Beautiful and colorful Autumn is around the corner...


Sekian, kamsahamnida!

KimChi (JomkeSeoul Tour & Travel)

No comments:

Post a Comment